RTM Melancarkan Aplikasi Terbaru Sempena Ulang Tahun ke 75

Sempena menyambut ulang tahun ke-75 pada 1 April dan bercita-cita untuk melaksanakan agenda transformasi digitalnya melalui Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025, penyiar nasional kita Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertekad untuk terus relevan dengan berhijrah ke media baru.

Dengan memperkenalkan aplikasi RTMklik, penonton boleh akses ke 26 saluran radio dan televisyen yang ada dan lapan yang baru untuk ditambahkan kemudian. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple App Store. Laman sesawang MyKlik kini beralih ke URL baru ke RTMklik.rtm.gov.my

Semestinya ia tidak mudah untuk berpindah dari sistem penyiaran analog ke sistem digital sepenuhnya, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh RTM antaranya adalah terus bersaing dengan media atau platform penyiaran yang lain dan menyesuaikan diri dengan paradigma baru dan menghadapi cabaran yang melampaui sempadan antarabangsa.

“Dengan peralihan ke platform digital, kami berharap dapat menghasilkan inovasi untuk membolehkan penyiar digital terestrial Malaysia mencapai standard antarabangsa,” kata Finlayson Anak Ludan; timbalan pengarah bahagian Media Digital Interaktif (MDI), RTM, sambil menambah bahawa MDI juga merancang untuk mengubah Media Baru, yang terdiri daripada akaun media sosial rasmi RTMKlik dan RTM selepas radio dan televisyen.

Antara strategi kami adalah menyediakan kandungan dan program yang tersedia secara eksklusif di Media Baru RTM, tidak ketinggalan program klasik yang telah diberi nafas baru melalui digitalisasi.

Sempena ulangtahun ke tiga suku abad RTM, mari kita lihat kembali montaj-montaj logo RTM untuk mengimbau kembali perasaan nostalgia zaman kala.

Sumber: Bernama.com