Richard Branson antara Pengasas Syarikat Angkasa Jutawan yang Pertama Kali Ke Angkasa

Sir Richard Branson, pengasas Virgin Air berjaya ke angkasa dengan syarikat terbarunya Virgin Galactic pada hari Ahad lepas bersama kru dari Virgin Galactic menggunakan pesawat VSS Unity dan melihat bumi dari kaki langit! Branson adalah pengasas syarikat angkasa jutawan yang pertama menaiki dan mengetuai kapal angkasa sendiri melangkaui Elon Musk, pengasas Tesla dan syarikat angkasa SpaceX serta Jeff Bezos, pengasas laman membeli Amazon dan syarikat angkasanya Blue Origin. Kapal angkasa syarikat Virgin Galactic, VSS Unity dilancarkan di atas langit New Mexico pada 11 Julai 2021 dengan dua juruterbang memandu kenderaan yang membawa pengasas jutawan dan tiga pekerja Virgin Galactic. Setelah beberapa minit di pinggir ruang, ia meluncur kembali tanpa daya untuk mendarat di Spaceport.

VSS Unity mencapai ruang angkasa, melebihi 80 kilometer, mencapai impian selama berpuluh-puluh tahun pengasas jutawan Branson. Kos untuk satu kerusi ke angkasa hanya berjumlah di dalam USD 250,000 (RM 1.17juta), Virgin Galactic merancang untuk mula membuka peluang kepada kira-kira 600 pelanggan yang disahkan pada awal 2022. Syarikat itu mengatakan akan meneruskan penjualan tiket selepas penerbangan ujian musim panas. Eksekutif Virgin Galactic mengatakan bahawa tambang akan lebih tinggi daripada harga sebelumnya untuk satu tempat duduk.

Branson, dalam pernyataan dari penerbangan Virgin Galactic mengatakan penerbangan ke angkasa adalah “pengalaman lengkap seumur hidup” tidak lama selepas kapal angkasa itu berjaya mendarat kembali di New Mexico dengan selamat. Branson mengasaskan Virgin Galactic pada tahun 2004, mengatakan bahawa kenangan melihat Bumi dari angkasa akan tinggal bersamanya selama lama nya dan orang ramai yang mampu patut berebut peluang untuk melihat keindahan ini.


Richard Branson juga adalah teman rapat kepada Tony Fernandez, pengasas syarikat penerbangan Air Asia pernah membuat satu ‘cabar’, siapa yang kalah akan memakai uniform parmugari dan melayani pelanggan di syarikat penerbangan pemenang. Kearkiban ini menguatkan lagi dan saling mempromosi keduad-dua syarikat penerbangan ini dengan cara yang mengelikan hati.

Jika anda berminat dengan bidang penerbangan, anda boleh terokai lebih tentang bidang ini dan peluang kerjaya yang boleh anda mencubai bersama MyCompass.

 

Sumber: WSJ.com, Fortune.com