Perlumbaan ke Angkasa! Jeff Bezos pula berlepas ke Angkasa selepas Richard Branson

source: https://www.space.com/news/live/blue-origin-jeff-bezos-launch-updates

Jeff Bezos adalah antara orang terkaya di dunia dari hasil platform perdagangan atas talian yang dikenali sebagai Amazon, beliau turut mengasas sebuah syarikat penerbangan angkasa yang dikenali sebagai Blue Origin. Pengasas Amazon dan Blue Origin ini menghabiskan beberapa minit di ruang angkasa untuk pesawat roket yang dianggotai oleh 4 kru anggota pada hari Ahad 19 July 2021.

Pada 11 Julai 2021 yang lalu, Richard Branson pertama kali melancarkan pesawat angkasanya di New Mexico, Texas dengan menggunakan pesawat Unity22 dari syarikat Virgin Galactic. Anda boleh membaca dan mellihat video penerbangan Virgin Galactic di artikel kami di sini. Kedua-dua syarikat Blue Origin dan Virgin Galactic menawarkan penerbangan kepada orang awam ke “suborbital” dimana ia akan terapung di kaki langit bumi untuk beberapa minit sebelum kembali ke muka bumi.

Elon Musk, pengasas syarikat Tesla dan SpaceX juga akan melancarkan penerbangan komersial ke angkasa yang lebih jauh ke orbit bumi dan bulan melangkaui jarak ‘suborbit’ seperti yang ditawarkan oleh Virgin Galactic dan Blue Origins. Namun, kos dan durasi penerbangan ke angkasa komersial SpaceX adalah lebih tinggi iaitu 300km dari muka bumi selama 30 minit.

 

Apakah perbezaan antara pesawat syarikat Blue Origin dan Virgin Galactic

Blue Origins menggunakan pesawat bernama ‘New Shepard’ berbentuk seperti roket yang boleh digunakan semula. Pesawat ini beroperasi secara automatik sepenuhnya tanpa juruterbang. Pesawat ini mempunyai dua (2) bahagian dimana bahagian roket di bawah dipanggil ‘booster’ dan kapsul kapal di bahagian atas. Kapsul kapal ini akan terbang ke angkasa secara vertikal. Pelancaran tersebut akan mempunyai 2 pendaratan iaitu bahagian ‘booster’ kapal dan juga ‘kapsul’ kapal yang berada di angkasa yang  membawa kru-kru pesawat terbabit. Namun, apabila kapsul kapal pulang ke muka bumi dengan menggunakan teknik ‘parachute’, ia perlu di discaj oleh kru-kru di Bumi sebelum kru-kru di dalam pesawat tersebut turun.

 

Berbeza dengan kapal Unity22 yang dimiliki oleh Virgin Galactic, pesawat tersebut melancar terus ke angkasa dengan ‘ibukapal’ dan ‘kapal’ secara mendatar. Apabila berada di Mach 3, ‘ibu kapal’ akan melepaskan kapal ke angkasa dan kembali  mendarat di daratan seperti sebuah kapal terbang dengan kelajuan yang sedikit perlahan di landasan yang sama seperti kapal terbang komersial yang lain.

 

Berapakah harga untuk merasakan penerbangan komersial ke sub-orbital?

Blue Origin belum mengumumkan sebarang harga. Seorang pemenang di dalam lelongan awam untuk tempat duduk penerbangan pertama membayar sebanyak 28 juta USD, tetapi memutuskan untuk menangguhkan perjalanan mereka. Blue Origin merancang untuk melakukan dua penerbangan lagi pada tahun ini, paling awal pada bulan September dan disusuli dengan beberapa penerbangan lagi pada tahun hadapan.

Tiket pertama yang dijual oleh Virgin Galactic berharga sekitar 200,000 USD dan 250,000 USD setiap satu, tetapi syarikat itu telah mengatakan bahawa kos pada masa depan akan naik. Penerbangan komersial tetap akan bermula dari tahun 2022, selepas melakukan dua lagi penerbangan ujian. Senarai menunggu pelanggan yang ingin menaiki pesawat tersebut sudah penuh, dengan 600 tiket terjual setakat ini dan dijangkakan dengan sebanyak 400 penerbangan didalam setahun.

Setakat 10 tahun lepas, penerbangan untuk ke luar orbit memakan lebih dari 10juta USD, kini ia boleh dilakukan kurang dari 1juta USD dan ia lebih selamat serta tidak terlalu mahal, malah persaingan antara syarikat-syarikat ini akan memberi lebih peluang kepada orang ramai untuk ke angkasa.

 

Apakah tujuan penerbangan komersial ke angkasa ini?

Walaupun ramai mengatakan ini hanyalah sebuah aktiviti rekreasi bagi yang berkemampuan, namun kedua-dua syarikat mengatakan mereka akan membuka tempat duduk untuk ‘pertandingan’ atau kepada syarikat yang ingin menaja seseorang yang layak ke angkasa.

Objektif dari penerbangan komersial ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin melihat dunia dari sub-orbital dan mengagumi ciptaanNya. Sesungguhnya pengalaman yang ‘luar biasa’ ini adalah cukup untuk menikmati keindahan dunia dan memahami bagaimana galaksi kelihatan dari sudut yang berlainan dari kaki langit bumi.

Syarikat Blue Origins bertujuan untuk memelihara Bumi, demi generasi yang akan datang, kita mesti pergi ke angkasa untuk memanfaatkan sumber dan tenaganya yang tidak terhad. Manakala pengasas Virgin Galactic pula berkata “Saya sangat berharap akan ada jutaan anak-anak di seluruh dunia yang akan terpikat dan mendapat inspirasi tentang kemungkinan mereka akan pergi ke angkasa suatu hari nanti.”

 

Jika anda meminati akan kejuruteraan angkasa dan juga kejuruteraan penerbangan, anda boleh mendalami lagi karier dan kursus bidang penerbangan bersama MyCompass.

 

Jika anda meminati akan kejuruteraan angkasa dan juga kejuruteraan penerbangan, anda boleh mendalami lagi kareer dan kursus bidang penerbangan bersama MyCompass.

Sumber: Yahoo.com, SpaceX, Blue Origins, Virgin Galactic