Pelitup Muka Terpakai Boleh Dikitar Semula Untuk Penyimpanan Tenaga

Pembuangan pelitup muka terpakai berada ditahap yang mengejutkan. Pandemik ini telah menghasilkan krisis sisa jenis sekali guna yang berbeza iaitu pelitup muka, sarung tangan dan peralatan pelindung diri. Sebuah pasukan penyelidik menawarkan penyelesaian yang berpotensi tinggi setelah menemui cara untuk mengitar semula bahan tersebut daripada menjadi masalah yang lebih besar iaitu perubahan iklim.

Profesor Anvar Zakhidov dari Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan Rusia dan penyelidik dari tiga institusi di Mexico telah berhasil membasmi kuman pelitup muka dengan mencelupkannya ke dalam dakwat graphene. Pemprosesan haba kemudian menukar pelitup muka menjadi elektrod, manakala bahan pelitup yang diproses dengan cara yang berbeza digunakan sebagai bahan pengasing untuk menghasilkan superkapasitor.

Mereka menerangkan proses pembuatan dan penunjuk prestasi dalam Journal of Energy Storage.

Superkapasitor beroperasi secara berbeza daripada bateri tradisional, tetapi berfungsi cara yang sama dengan menyimpan elektrik apabila ia diperlukan. Zakhidov mencadangkan kegunaan isi rumah seperti jam atau lampu, tetapi akhirnya jika idea itu diperbesarkan ia boleh membantu memberikan solar dan angin sebagai sandaran untuk menggantikan bahan api fosil.

Yang penting, “bahan itu ditekan…dan dipanaskan hingga 140°C , bateri superkapacitor konvensional memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk pirolisis-karbonasi, sehingga 1,000-1,300°C, manakala teknologi baharu mengurangkan penggunaan tenaga kepada 10%” kata Zakhidov dalam satu kenyataan.

Dengan bekalan bahan mentah yang hampir tidak berkesudahan dan keperluan tenaga yang lebih minima dalam pemprosesan, produk ini berpotensi menjadi sangat murah. Selain itu, Zakhidov dan rakan-pengarang mendakwa produk mereka mempunyai kepadatan storan tenaga hampir sepuluh kali ganda daripada teknologi pesaing, meletakkannya dalam julat daya maju komersial. Pasukan itu kemudiannya berjaya meningkatkan lebih daripada dua kali ganda rekod ketumpatan tenaga mereka sebelum ini kepada 208 watt jam sekilogram dengan menambahkan nanozarah oksida Ca3Co4O9-δ. Produk ini lebih padat daripada bateri kereta elektrik biasa, walaupun perbandingannya tidak sempurna kerana bateri kereta memerlukan pembungkusan tambahan.

Bercakap mengenai pembungkusan, pasukan Zakhidov menyediakan produk mereka dalam cangkerang pelindung yang diperbuat daripada pek lepuh yang dibuang seperti yang digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan.

Seperti superkapasitor lain, produk mereka boleh membebaskan tenaganya dengan cepat, memberikan kelebihan berbanding banyak teknologi penyimpanan tenaga.

Bateri yang memerlukan kobalt yang tinggi boleh menjadi penghalang kepada pengeluaran besar-besaran, kerana pengeluar bateri terdesak mencari pengganti untuk logam yang terhad, yang pengeluarannya dibelenggu oleh pelanggaran hak asasi manusia.

Idea untuk menukar pelitup muka kepada peranti penyimpanan tenaga mungkin kelihatan agak rawak, tetapi banyak bahan berliang telah diuji untuk tujuan ini,
termasuk sisa tayar kereta dan tempurung kelapa. Walaupun bahan-bahan ini kerap berfungsi, tetapi ia memerlukan pemprosesan dengan yang suhu tinggi.

Zakhidov tidak melaporkan sama ada N95 adalah lebih baik untuk penyimpanan tenaga, berbanding topeng tradisional, kerana ia adalah untuk mengelakkan virus.

Jika anda ingin mengetahui lebih tentang dunia kejuruteraan kimia dan kejuruteraan sumber & alam sekitar, anda juga boleh membaca tentang superkonduktor di artikel ini. Meminati untuk mengubah dunia ke arah yang lebih mampan? Daftar bersama kami di MyCompass dan terokai keupayaan anda!