Mari Merapatkan Silaturrahim Ketika Aidilfitri Dengan Teknologi

Raya kali ini amatlah berbeza dari raya sebelum-sebelum ini. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung sehingga 9 Jun 2020, perayaan aidilfitri hanya boleh disambut di rumah sendiri.

Walaupun rakyat dibenarkan menziarahi rumah keluarga terdekat yang berada di dalam negeri sama, namun ia masih tidak sama dengan perasaan pulang ke kampung halaman dan berjumpa sanak saudara. Kita juga harus mematuhi arahan untuk menziarahi rumah keluarga terdekat atau rakan mengikut penjarakkan sosial dan kurang dari 20 orang di dalam satu kediaman.

Terdapat banyak cara lain untuk masih mengukuhkan ikatan sillaturrahim walaupun kita tidak dapat menziarahi. Biar jauh atau dekat, pada era yang maju ini, teknologi dan internet mampu membawa kita lebih dekat dari yang disangka.

 

1. Bersembang melalui telefon pintar

Telefon pintar atau ‘smartphone’ menjadi salah satu keperluan kepada setiap manusia kini. Selain dari membuat panggilan, dengan pelbagai aplikasi yang lain, kini kita boleh membuat pangggilan video dan bersembang bersemuka dari kamera hadapan telefon anda.

Bersembang melalui telefon adalah solusi yang paling senang dan cepat dengan hanya memerlukan talian internet dari telco yang dipilih. Terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan di telefon untuk menghubung lebih dari 2 peranti pintar untuk bersembang sekali. Dengan saiz yang kecil dan mudah, anda juga boleh berjalan keliling rumah sambil menunjukkan aktiviti-aktiviti orang lain dirumah sama adasedang masak atau berehat ketika raya pada waktu yang langsung.

 

2. Mengadakan perjumpaan keluarga menggunakan komputer

Jika anda ingin bersembang dengan lebih ramai orang dari tempat berlainan, anda boleh membuat panggilan video tanpa mengira jauh nya seseorang itu. Pastikan komputer anda atau laptop mempunyai webcam untuk projek wajah anda di kaca skrin orang lain.

Di artikel sebelum dalam MyCompass, kami ada senaraikan 8 aplikasi web conferencing yang anda boleh menggunakan secara percuma untuk berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan anda.

 

3. Beraya bersama di dalam permainan video game

Teringin membuat rumah terbuka tetapi tidak boleh berkumpul ramai ramai? Berjumpalah di dalam video game. Pelbagai permainan video game membolehkan pemain berjumpa dan interaksi bersama satu sama lain. Antara permainan video yang paling hangat ketika musim ‘lockdown’ ini adalah Animal Crossing: New Horizon, sehingga menyebabkan kehabisan stock Nintendo Switch diseluruh dunia.

Pemain menggunakan game ini sebagai platform untuk berjumpa dengan rakan lain secara virtual di pulau mereka yang dihiasi sepenuhnya mengikut kreativiti sendiri. Walaupun ia bukanlah orang yang benar tetapi interaksi tersebut sambil tolong menolong di dalam game itu membuat persahabatan lebih akrab.

 

Bonus: MMS

Masihkah anda mengingati fungsi MMS? MMS bermaksud Multimedia Messaging System berfungsi untuk menghantar mesej yang merangkumi kandungan multimedia dari telefon bimbit melalui rangkaian selular.

Sebelum adanya Messenger atau Whatsapp di telefon pintar, inilah caranya untuk menghantar gambar atau gif kepada penerima. Satu mesej MMS yang dihantar adalah antara 50 puluh sen hingga seringgit mengikut pelan telco pada zaman awal 2010, lalu dikira ia sebagai mesej yang ‘bernilai’. Masihkah anda ingat MMS terakhir sebelum anda mempunyai telefon pintar seperti sekarang?

Jika anda sedang membaca artikel ini, ia menunjukkan anda mempunyai akses kepada internet dan peranti yang sesuai untuk berhubung dengan keluarga dan rakan anda. Gunakanlah peluang ini untuk mengeratkan lagi hubungan dengan meraka yang tersayang. Salam syawal dan selamat hari raya!