Deepfake: Teknologi Yang Penuh Kepalsuan atau Kemajuan?

Teknologi ‘deepfake’ adalah sesuatu topik yang agak kontroversi kerana ia mampu menukar wajah seseorang keatas badan orang lain. Ramai berfikiran ia sebuah teknologi yang hebat diatas kemampuan teknologi tersebut berupaya menukarkan rupa dengan tepat tetapi ramai juga berasa teknologi ini boleh mengakibatkan fitnah dan keraguan secara terang-terangan.

Untuk memahai bagaimana deepfake digunakan, mari kita saksikan sebuah sedutan dari video YouTube ini sebagai contoh. Di dalam video ini menunjukkan klip dari filem kasik sains fiksyem Hollywood 90’an ‘Back To The Future’ yang di bintangi oleh Micheal J. Fox sebagai Morty dan Christopher Llyod sebagai Rick. Rupa gandingan ikonik ini ditukarkan kepada Robert Downey Jr. ‘Iron Man’ dan Tom Holland ‘ Spiderman’ yang amat dikenali ramai oleh peminat filem Marvel generasi kini. Nampak sungguh cocok dan sempurna bukan?

Sejarah Kegunaan Deepfake

Deepfake bermula dalam bidang pengambaran Hollywood sejak 1990’an direka oleh seorang jurutera perisian untuk mengurangkan kos solekan efek yang memakan masa berjam sebelum bermulanya pengambaran.

Namun gelaran ‘Deepfake’ ini mula dikenali ramai setelah seorang artis efek visual (VFX) Chris Ume memuat naik video Tom Cruise ‘palsu’ di dalam TikTok pada tahun 2019. Ume turut memuat naik cara-cara bagaimana beliau membuat video tersebut kepada pengikutnya untuk memahami kerja di dalam bidang VFX. Disebabkan Ume menjadi terkenal akan video-video nya yang amat ‘real’ beliau juga mengingati orang ramai untuk tidak salah gunakan teknologi ini serta menggesa pihak berkuasa di USA untuk membuat regulasi terhadap pengunaan ‘deepfake.’

Keburukkan Deepfake

Teknologi Deepfake digunakan sebanyak 95% peratus didalam sesetengah kategori industri filem, menggunakan wajah selebriti wanita yang terkenal tanpa pengetahuan dan persetujuan telah mengakibatkan kemarahan golongan tersebut kerana menggunakan teknologi ini untuk merosakkan nama serta imej mereka.

Antara mangsa yang terlibat didalam video deepfake juga adalah ahli politik dan orang ternama, kebanyakan video yang dilakukan untuk menyebarkan propaganda dan berita palsu. Terdapat juga video-video parodi yang memalukan meskipun ia palsu.

Kebaikan Deepfake

Teknologi ini menyenangkan post-editing dan mempercepatkan proses menyiapkan sesebuah filem atau video. Ini termasuk mengubah dialog dalam video atau filem tanpa perlu melakukan pengambaran semula dan membuat keseluruhan video hanya dengan memilih dari server dan memasukkan skrip. Antara pengunaan deepfake yang paling diingati di dalam sejarah filem adalah adegan Paul Walker berlakon di dalam Fast & Furious 7. Paul Walker meninggal di dalam sebuah kemalangan yang tragedis sebelum dapat menghabiskan pengambaraan beliau, lalu lakonannya diganti oleh 2 orang adik beradik nya iaitu Cody Walker dan Caleb walker kerana muka mereka hampir seiras kemudian diedit kepada muka Paul Walker.

Selain dari itu juga berkesan sebagai latihan professional maya dengan membuat avatar AI untuk digunakan dalam video latihan. Sebuah syarikat start-up seperti Synthesia yang berpusat di London telah mencuri perhatian dari dunia korporat semasa wabak COVID mengakibatkan ‘lockdown’ serta kebimbangan tentang keselamatan dan kesihatan membuat rakaman video yang melibatkan orang sebenar jauh lebih sukar untuk dilakukan.

Mendatangani Keraguan

Satu eksperiment dilakukan terhadap 100 orang dan seramai 78% orang tidak berjaya membezakan antara video deepfake dengan video yang asli. Ini menunjukkan teknologi deepfake berjaya dengan objektifnya untuk memalsukan rupa secara tepat. Namun dengan pengunaan AI, ia dapat dikesan dengan lebih mudah dan tepat berbanding mata kasar manusia.

Video deepfake tidak selalunya membawa keburukan, banyak juga yang menghiburkan dan berguna untuk kegunaan harian. Antaranya video deepfake dapat memeriahkan galeri dan muzium. Malah anda juga boleh muat turun aplikasi re:Face ke telefon bimbit anda dan mencuba untuk lihat bagaimana rupa anda jika anda adalah seorang super-hero atau mengubah stail rambut baru

Sememangnya video deepfake ini sering viral dan menimbulkan fitnah, ia menunjukkan kita tidak seharusnya mempercayai sesuatu di internet tanpa memeriksa latar belakang video atau gambar tersebut walaupun ia kelihatan benar di mata kita.

Sumber: theguardian.com, springwise.com