Bagaimana VR Menolong Menangani Fobia

Virtual Reality (VR) adalah sebuah teknologi yang mimik persekitaran di dalam 3D pada masa nyata secara visual dan bunyi. Pakar-pakar psikologi memulakan pengunaan VR untuk merawat pelbagai fobia kerana harganya mampu beli, kos efektif dan kurang impak negatif. 

Fobia dikelaskan antara anxiety disorder (gangguan kebimbangan) yang melampau. Senang kata, fobia adalah ketakutan yang melampau yang membolehkan seseorang itu mendapat serangan panik atau menganggu emosi dan pemikiran secara keterlaluan yang memudaratkan. VR mampu meletakkan anda di dalam sebuah ruang virtual, walaupun anda berasa anda sekadar di dalam alam maya, ruangan tersebut mimik persekitaran dunia dengan fizik dan benar mampu menipu otak anda untuk memikirkan anda berada di dalam alam nyata.

Antara masalah fobia biasa yang dirawati menggunakan VR adalah ketakutan untuk menghadap ketinggian, binatang tertentu seperti lipas atau labah-labah, bercakap kepada orang ramai, dan tempat sempit. Walaupun jenis-jenis fobia yang biasa ini sangat sering dijumpai ramai orang tidak mendapat rawatan lalu mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang itu menjunam.

Pelbagai kajian dari universiti ternama seperti University of Colorado Boulder, Stanford Univerity dan Oxford University telah mengkaji dan mejalankan sesi terapi VR terhadap mereka yang mempunyai fobia yang teruk serta PTSD (Post Traumatic Syndrome Disorder). Sesi terapi VR mempunyai kadar kejayaan yang tinggi malah, selamat untuk dijalankan. Terapi VR tidak perlu mengeluarkan kos lebih untuk membawa anda ke ‘fobia’ anda seperti membawa ular yang hidup atau membawa anda ke tempat tinggi untuk menangani fobia tersebut.

Jurutera VR dan pakar-pakar psikologi berkerjasama mengumpul data visual 360 darjah kemudian di masukkan ke dalam dunia yang dihasilkan oleh komputer di mana mereka “mengalami” pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan fobia mereka. Ada juga pusat psikologi sendiri menerbitkan video VR sendiri eksklusif kepada pusat mereka menjadikan cara terapi mereka lebih ekskusif seperti syarikat XRHealth dan Limbix VR dari Amerika Syarikat.

Beberapa sesi secara berperingkat perlu dijalankan untuk menolong menangani masalah fobia tertentu dan di intensiti di naikkan secara beransur mengikut keupayaan seseorang dirawat. Malah ada juga implmentasi meletakkan latar chromakey lebih dikenali sebagai ‘green screen’ (skrin hijau) untuk membuat mereka lihat diri sendiri berada di dalam persekitaran tersebut di pertengahan sesi.

Pengenalan VR kepada rawatan fobia masih baru dan makin berkembang di negara-negara utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Jika anda ingin mencuba mencabar fobia diri anda sendiri anda boleh membeli Google VR Cardboard atau VR Box dan menggunakan telefon anda untuk alami video 360 darjah dari YouTube secara percuma. Pastikan anda ada bersama orang lain untuk memastikan keselamatan diri anda.

Sumber: thelancet.comapnews.com,  apa.org