Bagaimana Cara Untuk Mengendali Scam di Internet?

Pada 6 September 2020, seorang pesara wanita berusia 90 tahun kehilangan RM3.83 juta setelah ditipu oleh sindiket Macau Scam.

Wanita itu mematuhi arahan sindiket untuk memindahkan simpanannya secara berkumpulan kepada tujuh syarikat berbeza antara 20 April dan 15 Jun.

Di zaman teknologi ini, hampir semua orang mempunyai akses ke komputer dan telefon pintar bersama internet, walaupun sebegitu, ramai tidak menyedari tentang keselamatan diri.

Untuk mengelak perkara ini terjadi, anda perlu menjaga pelbagai informasi peribadi dan memastikan anda memberi maklumat anda kepada pihak yang betul. Berikut dibawah adalah tips untuk mengingati jika anda ditipu.

1. Simpan maklumat peribadi anda kepada diri sendiri

Anda hanya boleh memberi nama anda. Selain dari itu, anda harus bertaya kepada meraka tentang PDPA (Personal Data Protection Act ) iaitu akta perlindungan informasi peribadi.

Jika anda memberi maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah, alamat IP, nombor IC dan kata luluan untuk apa-apa akaun, kemungkinan besar anda boleh digodam (hack) atau data anda dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan anda.

Pastikan pihak yang mengambil maklumat peribadi anda mempunyai kelulusan PDPA dengan bertanya dan melihat secara tertulis. Jika anda memberi maklumat anda, tuliskan nama syarikat tersebut di dalam aplikasi nota phone anda untuk mengingati pihak mana mempunyai maklumat anda jika data anda telah dijual atau godam.

2. Jangan memberi nombor kad kredit atau debit kepada sesiapa.

Jika anda mendapat email atau panggilan telefon bertanyakan tentang akaun anda, pastikan yang menghubungi anda bukan dari pihak penipuan. Pihak bank akan bertanya 4 angka terakhir IC anda untuk mengesahkan anda adalah tuan badan yang benar.

Pihak bank akan tahu nombor kad anda dari data mereka sendiri, jika mereka bertanya nombor CCV yang berada di belakang kad anda, terus meletakkan phone dan laporkan nombor telefon atau email itu kepada polis.

3. Jika tidak pasti, Google.

Jika anda membaca artikel ini, sudah pastinya anda mempunyai akses ke internet. Gunakanlah Google untuk mengenal pasti pihak yang meminta maklumat peribadi anda terutama jika anda tidak mengenali syarikat atau pihak tersebut.

Walaupun syarikat tersebut itu adalah besar, pastikan alamat web atau email yang di hantar adalah dari sumber yang benar dan bukan dari pihak ‘scammer’. Pihak penipu akan membuat website dan email yang hampir sama sering membuat orang keliru dan tertipu lalu jatuh ke dalam perangkap mereka. Bandingkan e-mel dan laman web mereka dengan yang asli.

4.  Jangan tekan link bukan-bukan

Mengklik pautan secara rawak atau pergi ke laman web yang tidak diketahui di komputer, telefon, atau bahkan TV pintar anda boleh membahayakan perisian yang diunduh secara tersembunyi yang bertujuan merosakkan atau mematikan komputer atau peranti lain.

Mengunduh aplikasi dengan perisian hasad di komputer atau telefon pintar anda juga dapat menyebabkan anda menghadapi masalah.

5. Menderma ke saluran betul

Niat untuk menolong itu amat lah murni tetapi pastikan anda memberi bantuan kewangan kepada pihak yang betul. Anda boleh menyemak jika saluran amal adalah badan amal berdaftar dan apakah sumbangan anda akan ditolak cukai. Anda boleh melaporkan penipuan amal yang disyaki.

Sesetengah pihak amal yang menipu akan menggunakan kanak-kanak, orang cacat atau seseoang yang ditimpa kemalangan seperti kebakaran atau ditimpa musibah.

6. Membeli barangan secara online

Jika anda membeli barangan di internet, pastikan anda menggunakan platform yang boleh dipercayai seperti Shopee atau Lazada di mana anda mempunyai jaminan untuk mendapat kembali wang anda.

Kalau anda membeli barang secara peribadi, disebabkan anda tidak dapat melihat barang tersebut secara berdepan, minta penjual tersebut mengambil gambar bersama sekeping kertas bertulis nama anda dan ayat lain yang anda mahu untuk memastikan barangan tersebut bukanlah imej yang diambil di internet kepunyaan orang lain.

7. Membaca Terma dan Syarat

Sebuah kajian menunjukkan hanya 1% orang membaca terma dan syarat. Antara strategi penipuan adalah memberi tahu anda perkara yang sedap di dengar tetapi menyembunyikan perkara yang menyusahkan atau penipuan cas di dalam terma dan syarat tertulis.

Disebabkan ramai yang malas untuk membaca, apabila mereka mendapati mereka tertipu oleh penjual atau syarikat tersebut, mereka sudah pun sain kontrak tersebut dan dikira sebagai anda setuju.

8. Terlalu Bagus Untuk Terjadi

Adakah harga barangan tersebut terlalu baik? Adakah anda tiba tiba memenangi pertandingan yang anda tidak menyertai dan mendapat hadiah yang lumayan? Jika ia terlalu bagus untuk dipercayai, kemungkinan ia adalah taktik untuk menipu orang awam.

Kebarangkalian penipu menggunakan masa ini sebagai peluang untuk mencari cara kreatif untuk memanfaatkan orang dan kerentanan mereka dan ketakutan yang dimiliki oleh banyak pengguna dan orang pada masa ini.

9. Semak nombor akaun penipu dan laporkan kepada polis

Anda boleh menyemak nombor akaun scammer di ccid.rmp.gov.my/semakmule. Jika nombor akaun tersebut didapati milik kepada scammer tersebut cepat-cepat laporkan kepada polis untuk mengelak orang lain di tipu.

Pastikan membuat pembelian atau sebarang perbualan secara teks kerana ia lebih senang untuk disimpan dan digunakan sebagai bukti kepada pihak bank dan polis. Ini akan mengukuhkan lagu peluang untuk anda mendapat kembali wang anda dan menyelesaikan kes ini.

Adakah nama orang tersebut dan nombor akaun berlainan? Jika anda berasa prasangka terhadap penjual tersebut menggunkan akaun palsu, anda boleh mengambil gambarnya dan ‘reverse search’ untuk memastikan orang tersebut adalah tuan badan kepada gamabr dan bukannya gambar curi.

Sumber berita: https: Bernama.com