Axolotls: Haiwan Yang Tidak Berumur Dan Lari Dari Evolusi Selamanya

Axolotls adalah haiwan akuatik yang hanya boleh dijumpai di Lake Xochimilco di luar bandar Mexico, berdekatan dengan kapital kuno Aztec dikenali sebagai Tenochtitlan. Axolotl hidup di dalam air dalam bentuk juvana di mana ia tidak akan memasuki peringkat ‘dewasa’, membuatkan ia ibarat seekor berudu. Sifat anti-penuaan reptilia ini mampu menjana semula hampir kesemua anggota badan nya biarpun kaki, separa dari mata dan otaknya. Axolotl kini semakin pupus tetapi dengan peningkatan pembiakan dan pembelaan telah membawa haiwan exotik ini kembali ke paras yang selamat.

Axolotl adalah ahli spesies salamander harimau yang kompleks, dan ia berkembang baru-baru ini berbanding dengan spesies salamander lain di rantau ini. Axolotl membesar sehingga kira-kira 23 sentimeter panjang dan datang dalam pelbagai warna. Tidak seperti hampir semua salamander lain, mereka adalah neotenik, bermakna mereka mengekalkan ciri-ciri juvana sehingga dewasa. Mereka tidak pernah melalui peringkat metamorfosis. Bagi mereka, ini bermakna mereka kekal akuatik, tidak pernah menjelajah ke darat dengan mengekalkan insang berbulu luar dan sirip ekor mereka, dan mereka tidak mempunyai kelopak mata yang boleh digerakkan.

Tiger Salamander | National Wildlife Federation

Salamander harimau (Imej: NWF)

Axolotl bukanlah hanya satu spesis yang tidak membesar kepada salamander, malah saintis menjumpai spesis salamander lain di Mexico yang tidak mengambil langkah evolusi dan kekal di dalam bentuk juvana. Perkara ini dikaji mengikut habitat axolotl, dimana ia berkongsi 3 aspek yang sama. Pertama, ke semua tasik di Mexico adalah luas dan besar sebelum manusia campur tangan di dalam kehidupan alam semulajadi. Kedua, tasik-tasik ini di kelilingi oleh padang pasir lalu, mengekalkan tasik ini sebagai satu-satunya badan air kekal di rantau ini. Akhir sekali, tasik-tasik ini tidak mempunyai haiwan pemangsa besar. Salamander biasanya akan metamorf untuk mengambil kesempatan untuk hidup di kedua-dua darat dan air, jika hanya daratan tersebut adalah lembab jadi, mengekalkan kehidupan di dalam air adalah strategi yang terbaik terutama tiada pemangsa untuk mengecam kehidupan mereka. Tasik-tasik ini adalah habitat yang sesuai di tengah-tengah daratan yang panas dan kering. Ketiga-tiga kondisi ini telah memaksa spesis-spesis salamander di Mexico untuk kekal sebagai juvana.

Para saintis beranggapan bahawa axolotl ini akan kekal bentuk juvana selamanya, tetapi terdapat kes di mana axolotl yang pernah membesar kepada salamander dewasa dengan menghilang kan insang dan digantikan dengan paru-paru. Ia kelihatan seperti salamander harimau tetapi masih mempunyai sifat yang agak berlainan lalu cukup berbeza untuk dianggap spesies unik mereka tersendiri.

Gollum, seekor axolotl belaan yang morf kepada salamander.

Selama beratus tahun axolotl menjadi titik pusat bagi kajian untuk memahami bagaimana organ kita membangun dan berfungsi, fisiologinya yang unik ini memegang jawapan kepada banyak pertanyaan berkenaan biologi. Para pengkaji ingin mengurai rahsia sebalik sifat penjanaan anggota axolotl yang boleh digunakan dalam bidang medikal.

Pada awal 1900-an, transformasi axolotl sekali lagi muncul dihadapan kepentingan penyelidikan. Pada masa ini, penyelidik fokus kepada tisu kelenjar tiroid sebagai mekanisme untuk metamorfosis amfibia, dan axolotl adalah haiwan yang paling sesuai untuk menunjukkan dengan jelas kesannya.

Apabila axolotl diberi makan tisu tiroid daripada ternakan, axolotl akan bermetamorfosis, kehilangan insang luarnya, menumpahkan kulit larvanya, dan menjelajah ke darat. Dalam keadaan lain, axolotl boleh berubah apabila terpaksa menghirup udara, tetapi ini memberi tekanan kepada mereka dan mengambil masa yang lebih lama.

Penemuan ini memainkan peranan penting dalam pemahaman kita tentang hormon tiroid seperti tiroksin, yang pertama kali diasingkan pada tahun 1915 dan disintesis pada tahun 1926. Ini menandakan permulaan yang akan menjadi sumbangan besar axolotl kepada penyelidikan perubatan.

Kini, Tasik Xochimilco sangat tercemar, penuh dengan bunga alga berbahaya dan ikan besar invasif yang kedua-duanya mengalahkan dan memakan axolotl. Tidak menghairankan bahawa axolotl hampir pupus di sana. Namun begitu, di makmal di seluruh dunia, bilangan axolotl adalah banyak tetapi malangnya, koloni makmal tidak kekal sihat. Populasi domestik ini membiakkan baka akan tetapi tidak mempunyai kepelbagaian genetik yang berupaya menangkis penyakit.

lake xochimilco axolotl - ZooChat

Axolotl liar dari Tasik Xochimilco

Untuk membantu mengurangkan masalah ini, saintis telah membiak axolotl dalam kurungan dengan spesies yang sama, salamander harimau. Ini telah meninggalkan banyak spesimen makmal dengan pelbagai gen asing, bermakna mereka tidak lagi sama dengan axolotl liar.

Satu penyelesaian yang dicadangkan untuk penurunan axolotl liar adalah dengan hanya memperkenalkan semula beberapa populasi kurungan ke dalam habitat semula jadi mereka. Tetapi sehingga tasik itu dibersihkan, meletakkan mereka kembali ke ambang kepupusan. Dan di sebalik usaha beberapa saintis dan pemuliharaan, peluang untuk Tasik Xochimilco menjadi bersih dan sihat dalam masa terdekat tidak secerah yang dijangkakan.

Kajian terhadap haiwan liar untuk meningkatkan kualiti hidup kita penting di dalam bidang medikal demi menjamin taraf kehidupan dan kesihatan kita. Jika anda meminati akan bidang kajian haiwan liar dan ingin membuat penyelidikan biologi yang menukar dunia, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!

Sumber: Curosity Stream, Salamander with a Sign