9 Aplikasi Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup, Kesihatan dan Mental Anda

Adakah hidup anda tunggang langgang dan sentiasa tidak menentu lalu membuat anda lebih tidak bermotivasi? Jika anda mempunyi telefon pintar dan sedikit usaha untuk diri anda, anda boleh mengatasi pelbagai masalah hidup dengan pertolongan dari app.

1. Feed the Fish – Drink Water Reminder & Track Sugar

Bibir sentiasa pecah? Suka air bergula? App Feed The Fish mengingatkan anda untuk meminum air sambil membela ikan virtual. Minum air secukupnya setiap hari meningkatkan metabolisme dan membantu tubuh memecah makanan dengan betul dan juga membantu membuang toksin. Namun ada yang suka minum air manis secara terlampau. Pastikan anda menjaga kandungan gula dan air yang optimum untuk kekal hidrat dan sihat.

 

2. Loóna: Bedtime Calm & Relax

Gunakan Loona untuk menenangkan diri anda sebelum tidur. Emosi negatif yang kita kumpulkan pada siang hari diproses dan disatukan oleh otak kita semasa tidur menjadikannya lebih sukar untuk dipisahkan ketika dihadapkan lagi pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi, perasaan marah, cemas, kecewa, atau sebaliknya, bersemangat, dan gembira, cenderung mempengaruhi latensi untuk tidur awal dan tidur REM. Orang menganggapnya salah kerana gejala gangguan tidur, tetapi pada kenyataannya, mereka mungkin berada dalam mood yang salah untuk tidur.

Setiap malam anda akan mendapat ‘Sleepscape’ pemandangan tidur yang baru. Sleepscape adalah sesi berpandu yang menggabungkan aktiviti ringan, bercerita, dan suara berdasarkan aktiviti dengan cara yang unik.

 

3. Boosted: Productivity & Time Tracker

Jika anda seseorang yang mempunya masalah menetapi atau mengejar masa, Boosted adalah aplikasi terbaik untuk menjejak produktiviti dan masa anda. Fahami kebiasaan anda dengan laporan yang mendalam dan tingkatkan produktiviti dan pengurusan masa anda dengan pelbagai alat produktiviti seperti pemasa Pomodoro dan penjejakan masa yang mudah. Data anda selamat dengan sandaran Google Drive dan boleh dieksport anda ke format CSV. Masa itu emas, pastikan anda meluang masa secara optimum dan tidak membazir serta mendapat melakukan

 

4. MyTherapy

MyTherapy adalah aplikasi peringatan pil dengan beberapa fungsi lain yang menyokong fungsi utamanya. Fungsi utamanya adalah mengingatkan pengambilan pil yang juga membolehkan anda mencatat pengambilan ubat yang telah disahkan atau dilangkau sehingga anda tidak mengambil secara berlebihan. Anda juga dapat menjejak dos anda dalam jangka masa yang panjang, berkongsi makumat anda dengan ahli keluarga dan banyak lagi. Aplikasi ini membolehkan anda mengesan perkara lain juga, seperti diabetes, darah tinggi, arthritis, dan keadaan kronik yang lain.

 

5. Cronometer – Nutrition & Calorie Tracker

Adakah gaya pemakanan dan pengambilan kalori anda seimbang? Log makanan & latihan anda dengan pangkalan data yang paling tepat antara aplikasi yang lain. Anda juga boleh menjejaki nutrisi, kalori, protein, karbohidrat, kolesterol, dan banyak lagi. Anda boleh menyegerakkan data dari alat kesihatan ke aplikasi dan mengimport berat badan, peratusan lemak badan, data tidur dan aktiviti lain lain, malah anda juga boleh mencetakkan data anda untuk ditunjukkan kepada doktor.

 

6. Fabulous: Daily Motivation & Habit Tracker

Fabulous adalah aplikasi berasaskan sains yang memotivasi anda untuk meningkatkan kecergasan & mencapai matlamat penurunan berat badan anda, reset semula kitaran tidur anda, dan mengurangkan kegelisahan anda. Anda akan belajar membina rutin pagi yang transformatif dan juga mengamalkan tabiat mengubah hidup seperti meditasi dan yoga. App ini sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan kesihatan mental dengan penuh perhatian sehingga anda dapat mengatasi kegelisahan serta memberi semangat untuk membuat anda fokus sepanjang hari.

 

7. Nike+ Training Club app

Nike + Training Club adalah aplikasi untuk bersenam, percuma sepenuhnya. direka untuk mendorong dan meningkatkan aktiviti fizikal dengan memotivasi dan membimbing individu melalui pelbagai aktiviti. Aplikasi ini menawarkan lebih daripada 185 latihan, termasuk yoga, peregangan, dan latihan kekuatan, bersama dengan petua dan rancangan diet. Ia mempunyai antara design yang rapi dalam tona warna kelabu, hitam dan putih delingkapi dengan rejimen latihan senaman penuh 15 minit, 30 minit dan 45 minit mengikut kemampuan anda.

 

8. Bajet – Budget Planner and Spending Tracker

Bajet adalah aplikasi untuk menjejak perbelanjaan bagi mereka yang ingin menguruskan kewangan peribadi mereka dengan lebih baik. Terdapat juga ciri penganggaran dan analisis simpanan bulan dan yang paling penting, anda boleh mempunyai seberapa banyak kategori bajet yang anda mahukan.

 

9. My Tracker

Jika anda seorag wanita, MyTracker adalah app yang sesuai untuk menjejak kitaran haid  dan waktu anda paling subur. Anda juga boleh mebuat nota diari bagaimana anda berasa dan perasaan pada hari tersebut. Data data yang anda simpan juga boleh di eksport kepada CSV untuk di cetak. Ia juga sesuai digunakan untuk perancangan keluarga dan juga mempunyai fungsi untuk menjejak corak tidur dan pengambilan air yang mencukupi.