Apa Terjadi Kepada Data Kita Apabila Kita Mati?

Data digital kita dapat mencipta warisan digital untuk generasi akan datang, tetapi apa yang akan terjadi kepada data digital kita selepas mengehembus nafas terakhir?

Penyelidik komputer Kanada telah menghasilkan 12 konsep yang membolehkan pengguna menghantar maklumat peribadi ini kepada keluarga kami dengan bantuan alat inovatif berdasarkan personalisasi dan privasi.

Data digital menjadi semakin penting dalam masyarakat kita. Walaupun ia menjadi semakin penting ketika kita masih hidup, setelah masa kita habis, data ini menjadi tidak berguna dengan satu pengecualian: untuk keluarga kita di dunia. Sesungguhnya banyak kisah cerita mengenai keluarga cuba “menggodam” Facebook, akaun Google atau bahkan telefon untuk mendapatkan data atau memori yang berguna.

How (and Why!) to Create a Memory Box - Store all your Memories Easily

Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan pentingnya menyediakan data digital seseorang untuk kematian, walaupun prosesnya agak melecehkan. Memudahkannya memerlukan alat yang sederhana, sehingga individu yang berkenaan tidak menyerahkan tanggungjawab data digital kepada orang lain. Satu kajian baru-baru ini dari University of British Columbia, Kanada, meyelidk 12 konsep hipotesis mengenai kaedah dan bentuk yang mungkin yang membolehkan anak memperoleh warisan digital dari ibu bapa mereka. Para penyelidik menyampaikan konsep mereka kepada 20 orang berumur antara 18 hingga 81 dan bertanya kepada mereka bagaimana perasaan mereka mengenai cadangan-cadangan ini.

“The Box of Data”, “Memory Swipe,” “Blast from the Past” dan “Generation Cloud” adalah antara konsep berbeza yang dikonseptualisasikan yang dapat digunakan untuk membolehkan si mati menyampaikan data mereka ke generasi berikutnya.

Dengan The Box of Data” pengguna dapat berkongsi kegemaran dan pengalaman, sebagai contoh, senarai 10 lagu teratas dalam hidup anda yang paling banyak didengar di vinil atau poskad dari 10 tempat paling kerap dikunjungi yang didapati dari data peta Google. Tidak seperti konsep lain yang dicadangkan, The Box of Data adalah satu-satunya konsep yang menawarkan kandungan fizikal, membuat konsep ini sesuatu yang sangat dihargai. Konsep spekulatif ini dinilai sebagai idea yang positif oleh 13 daripada 20 peserta.

Pokok salasilah keluarga di digitalkan untuk diberi kepada generasi yang akan datang

15 daripada 20 peserta survey ini memilih konsep lain dikenali sebagai “Generation Cloud” membolehkan anda menyimpan saat-saat, foto, perjalanan, lagu, maklumat penting, salasilah keluarga anda dalam jenis pemacu Google, memudahkan anda menyampaikan maklumat ini dari satu generasi ke generasi yang lain. Peserta menilai kemampuannya untuk menjalin hubungan peribadi dengan sejarah keluarga kolektif mereka. “Ini adalah konsep yang hebat. Saya sangat mementingkan aspek salasilah keluarga dan mengetahui keluarga anda dan generasi terdahulu, itu sangat menarik bagi saya,” kata seorang peserta berusia 52 tahun.

Walaupun konsep kajian memberikan idea untuk memanjangkan umur data kita, ia kemungkinan akan menjadi beban keluarga apabila tidak ada yang mahu terlibat. Peserta yang kehilangan insan terdekat berasa menderita dan lebih menyedari potensi beban yang bakal timbul. Peserta ini merasakan bahawa pengalaman berduka dapat mendorong mereka bersiap menghadapi kematian. Sebagai contoh, seorang guru yang telah bersara berusia 75 tahun dimotivasi oleh kematian ibunya untuk mengurangkan jumlah harta fizikalnya dan langsaikan hutang untuk anak-anaknya: “Saya mempunyai begitu banyak bil dan saya berusaha menyingkirkan beberapa kerana saya tidak mahukan tugas ini menjadi sesuatu yang menakutkan bagi anak-anak saya. Saya membayar rumah ibu saya sepenuhnya dan ia adalah sabuah cabaran yang besar ” Dalam nada yang sama, beliau juga membuat fail digital dikenali sebagai “where my stuff is” (tempat barang-barang saya) yang boleh diakses oleh anak-anaknya selepas kematiannya.

Man with futuristic device pointing up Free Photo

Di antara 12 konsep, salah satu idea bagaikan dari filem sains fiksyen, tidak diterima secara positif oleh semua. “Blast from the Past” bercadang untuk menghasilkan replika orang yang telah pergi dikuasakan oleh AI dan berdasarkan semua data yang ada. Dengan menggunakan alat dengar VR, keturunan mereka kemudian boleh berbual dengan mereka. Idea ini tidak meyakinkan para peserta hanya lima daripadanya memberi respons yang positif. Bagi mereka, replika itu menyeramkan. “Itu bukan cara saya ingin mengingati seseorang”, kata salah seorang peserta, berusia 57 tahun. “Ini ibarat mengambil manusia yang kompleks dan menjadikan mereka ikon digital yang kecil.” Reaksi ini membuat pasukan penyelidikan sedar bahawa masyarakat kita belum bersedia untuk membawa kembali insan yang telah meninggal dunia melalui teknologi sebagai salah satu cara yang baik untuk diingati oleh genersi seterusnya.

Sumber: style.yahoo.com/