7 Saluran Youtube Yang Mendidik Sambil Menghiburkan

Jika anda seseorang yang kurang sukakan membaca dan lebih sukakan jenaka dan informasi di dalam bentuk visual dan audio, terdapat beberapa channel di YouTube yang menghiburkan serta mendidik dengan pelbagai topik yang berat menjadikan topic tersebut lebih senang difahami untuk orang ramai.

Saluran-saluran yang dituliskan di bawah boleh diakses melalui aplikasi atau laman web YouTube. Di bawah kami menyertakan beberapa saluran YouTube yang boleh dilihat secara percuma lalu menimba ilmu dengan cara yang menyeronokkan.

  1.  Crash Course

Hank Green dan abangnya John Green adalah hos dan pencipta channel Crash Course. John Gren juga merupakan Penulis terlaris di New York untuk buku The Fault in Our Stars dan Looking for Alaska yang dijadikan filem.

Kedua adik-beradik Green ini menubuhkan saluran berpendidikan untuk guru-guru serta orang awam untuk mengenali sejarah dan biologi pada mulanya, kini saluran mereka telah berkambang kepada pelbagai topik lain yang menarik untuk dipelajari.

 

The Infographics Show fokuskan pada pembuatan video infografik yang dianimasikan dengan cara yang senang untuk difahami di dalam Bahasa Inggeris dan menghiburkan daripada kebanyakan video yang membosankan dan terasa ‘kosong’.
Lebih kurang 50 video diterbitkan setiap bulan merangkumi pelbagai topik dari kisah benar, kajian saintifik serta sejarah.

 

3. What If

Apa akan terjadi apabila….? What If Show adalah sebuah saluran channel di Yotube yang menjawab senario spekulatif berskala besar dan kejadian luar biasa yang mungkin kita semua tertanya-tanya jika betul terjadi.

Dengan penjelasan saintifik dan diiringi oleh efek visual yang mengagumkan pasti akan membuat minda anda meletup!

 

4.  Ajar

Saluran Ajar adalah sebuah saluran dilakukan di dalam Bahasa Melayu dan mempunyai perlbagai topik yang anda boleh belajar di luar buku teks. Pelbagai topik menarik walaupun diluar pendidikan yang boleh dijadikan peringatan dan dipelajari tidakmengira umur.

5.  OverSimplified

Belajar tentang sejarah dunia di dalam video yang komikal dan penuh dengan jenaka (bonus point jika anda sukakan ‘meme’) namun tetap penuh dengan informasi yang penting dan tepat. Kini, pelajaran Sejarah tidak lagi kelihatan bosan dan lebih seronok untuk mengenali sejarah-sejarah lama. Kebanyakan video yang diterbitkan mengisahkan peperangan dan politik negara pada zaman dahulu.

6. Brew

Brew adalah sebuah karakter kartun yang menceritakan kisah-kisah yang luar biasa yang benar pada zaman kini. brew menceritakan fenomena-fenomena aneh dari perspektif yang tidak berat sebelah turut diiringi beberapa dialog yang lucu.
Kadang-kadang akan ada beberapa karakter istimewa dari saluran lain seperti Grill dan On The Hill membuat penampilan istimewa untuk menambahkan lagi perisa yang pedas kepada kisah yang sedang diceritakan.
Saluran AsapSCIENCE dihsokan oleh beberapa pemuda yang menggilakan kajian sains dan membuat eksperiment serta menunjukkan bukti saintifik sesebuah topik. Mereka juga berbakat dalam nyanyian koir membuatkan video mereka lebih menarik! Jika anda sukakan eksperimen dan belajar perkara baru, ini lah saluran yang terbaik untuk anda!