7 Gadget Yang Power dan Berguna di bawah RM200 Untuk Di Miliki!

Hidup seharian lebih senang apabila mempunyai gadget untuk membantu hidup anda. Di bawah, kami telah engumpul beberapa gadget yang sesuai untuk anda belajar dan berkerja, serta cukup senang dan berbaloi dengan dompet anda. Sudah kah anda mempunyai salah satu barangan ini?

 

1.KableCard

KableCARD adalah reka bentuk revolusioner yang menyatukan semua penyambung kabel yang penting dan paling kerap digunakan; kabel asas Jenis C panjang 1 kaki dengan 3 jenis penyesuai yang membentuk sehingga 6 jenis kabel yang berbeza.
Ia juga mempunyai tempat menyimpan sim serta boleh digunakan menjadi pembaca kad memori dan transfer data seperti USB. Jika telefon pintar anda mempunyai wireless charging, letak sahaja atas KableCARD ini dan phone anda akan mula mengecas!

2. Tablet Grafik

Kerap melukis atau menuis di telefon dan komputer anda? Tablet grafik kini boleh didapati pada harga mampu milik serta senang digunakan di telefon juga. Ia juga sesuai untuk menanda dokumen dan edit penulisan. Menggunakan tablet juga lebih ergonomik daripada memegang tikus serta membuat edit lebih laju. Tablet grafik ini juga ringan dan senang untuk disimpankan sekali di dalam bag laptop anda.Antara tablet yang sesuai dibwah harga ini adalah model XP-PEN Star G640S dan HUION 1060Plus.

3. Band Kesihatan

Band kesihatan atau lebih dikenai sebagai ‘Fitness Band’ sangat disyorkan bagi mereka yang ingin menjejaki perkara penting untuk menjaga badan. Pelbagai fungsi penting berada di dalam satu jam seperti masa tidur, penjejak kualiti pernafasan, cari telefon, penjejak jalanan dan bermacam macam lagi.
Band-band ini boleh didapat bawah RM170 dikeluarkan oleh beberapa jenama elektronik yang terkenal seperti Huawei, Samsung dan Xiaomi.

4. Pemegang Laptop Bersama external kibod dan tetikus

Postur badan yang betul  amat penting untuk mengelak kerosakan tulang serta sakit badan.
Dapatkan pemegang laptop supaya skrin laptop anda berada di sama paras maa anda, kemudian pasangkan wireless keybaord dan tetikus mengikut keselesaan. Selepas menggunakan laptop tersebut, simpankan kibod dan tetikus dibawah pemegan tersebut. Ketiga-tiga barangan ini boleh didapati di bawah RM200.

5. Allocacoc PowerCube

PowerCube merupakan sebuah plug yang mempunyai 4 ruang untuk di 3pin plug dan 2 slot USB, yang paling penting, plug plug ini takkan berlanggar sesama lain serta menjimatkan ruang. Jika anda mempunyai masalah ruang dan mmemerlukan lebih akses kepada plug, PowerCube adalah rakan barangan eletronik anda.

6. Diffuser Wangian Berlampu

Jika anda sering belajar dan bekerja di dalam tempat yang berhawa dingin, kulit lebih senang untuk kering. Dengan menggunakan minyak wangian semula jadi, anda mampu menjadikan tempat anda lebih wangi dan menenangkan anda. Warna lampu yang bertukar membuat tempat kerja atau belajar anda lebih ceria dan kurang membosankan, malah warna lembut lampu tersebut mampu memberi warna keceriaan yang teraputik.

7. Buku Nota “Rocketbook Everlast’

Notebook Everlast memberikan pengalaman pen dan kertas klasik, namun dibina untuk zaman digital. Walaupun terasa seperti notebook tradisional, Everlast dapat digunakan kembali tanpa henti dan disambungkan ke semua perkhidmatan awan kegemaran anda.
Anda boleh menggunakan sebarang pen dari siri Pilot Frixion. Pena ballpoint gel Frixion terdapat dalam pelbagai jenis dan warna dan boleh dibeli dalam talian dan di kedai.
Kami bekerjasama rapat dengan pakar industri kertas untuk mencari campuran poliester sintetik yang optimum untuk membuat halaman yang dapat dibersihkan daripada dakwat Frixion, tetapi juga terasa wajar untuk ditulis. Menulis di halaman Everlast terasa seperti menulis di kertas biasa dengan kemasan yang halus
Buku Nota ini mempunyai muka halaman yang boleh dipadam dengan tisu basah, malah tidak boleh dipadam dengan tangan yang kering.  Bersaiz A5, buku ini boleh dibawa kemana-mana. Selepas menulis atau melukis, anda boleh imbaskan kan muka surat tersebu dan ia akan disimpan sebagai imej ke dalam galeri fon anda.  Aplikasi Rocketbook memangkas dan meningkatkan setiap halaman supaya nota digital anda lebih tajam dan jelas daripada yang sebenarnya.