6 Sebab Kenapa Tablet Grafik Lebih Selesa Daripada Tetikus kepada Pengguna Komputer

Ramai selalu kaitkan Tablet Grafik hanya sesuai untuk para ‘designers’ dan artist grafik tetapi sejak musim ” Work From Home’ (WFH) yang bermaksud ‘Bekerja Dari Rumah’ ramai orang membeli tablet untuk menyenangkan kerja harian setelah hidup kita semakin selari dengan perkembangan dunia dan teknologi.

Grafik tablet terdiri daripada 2 komponen iaitu pena tablet dan papan tablet. Sesetengah tablet mempunyai butang ‘short-cut’ untuk menyenangkan kerja, tablet akan disambung kepada komputer, laptop atau telefon android untuk digunakan.

Papan tablet menjejaki kedudukan pena yang mirip keluasan skrin perisian yang diguna, dimana pena tersebut digunakan untuk navigasi dan klik seperti tetikus. Pena tablet turut mempunyai 3 butang iaitu mata pena dan dua butang klik di bahagian tepi.

Tablet grafik pada mulanya gunakan didalam industri kreatif tetapi kini diguna oleh orang ramai kerana tablet grafik boleh didapati pada harga yang berpatutan dimana orang ramai juga dapat membelinya dengan mudah.

1. Penggunaan Tulisan Tangan Digital

Bayangkan guru guru dan pensyarah terpaksa memeriksa kerja rumah atau assignement melalui skrin komputer seperti PDF, Microsoft Words atau media imej digital. Takkan guru guru nak tandakan betul atau salah gunakan mouse? Dengan menggunakan tablet grafik, menanda sesebuah kerja lebih senang kerana cara penandaan mimik seperti memegang sebuah pen. Jika anda menggunakan untuk melukis, pena tersebut juga dapat mengesan arah dan bentuk berus serta ketebalan strok lukisan anda. Pena tersebut mempunyai 8192 tahap sesitiviti tekanan dimana jika anda menekan dengan lebih kuat maka garisan tersebut akan menjadi lebih tebal.

2. Sesuai bagi mereka yang selalu mengendali borang

Dah lepas isi borang nak kena sain tangan pula kan? Terutatama bagi orang yang selalu berjumpa client dan dalam zaman teknologi ‘paperless’ iaitu ‘ tanpa kertas’, lebih senang untuk para ajen insurans/takaful, pihak bank mengambil tandatangan secara digital.

3. Boleh digunakan di telefon Android

Dengan menggunakan kabel OTG dimana ia menukarkan port USB kepada port Type-C, anda hanya perlu mencucuk usb dari tablet grafik terus ke telefon android anda tanpa memerlu memuat turun aplikasi. Jika anda rasa Apple Pen dan iPad terlalu mahal untuk memulakan hobi melukis, ini adalah alternatif yang lebih jimat!

4. Lebih ergonomik dari penggunaan tetikus

Apabila kita memegang tetikus, ia akan menggunakan seluruh lengan kita dari bahu hingga ke pergelangan tangan, tidak seperti tablet grafik dimana ia hanya menggunakan pergelangan tangan dan jari, maka melajukan lagi kerja yang dilakukan kerana pemegangan pen tablet tersebut lebih tepat dan pergerakan antara ruang yang lebih kecil dari menggunakan tetikus. Ia juga mengurangkan stress otot antara bahu dan ke tengkuk yang menyebabkan lenguh badan jika menggunakan tetikus di posisi kedudukan yang tidak ergonomik. Pastikan anda sentiasa duduk tegak dan siku ke lengan tangan anda selari dengan ketinggian meja!

5. Pelbagai saiz, jenis dan rupa boleh didapati

Saiz terkecil anda boleh dapat adalah 4″ x 6″ dan saiz terbesar boeh didapati sebesar 24″! Ada yang mempunyai skrin terpapar di atas pepapan tablet, ada yang mempunyai roda skroll serta butang shortcut di tepi. Butang butang tersebut boleh di re-map untuk setkan kunci-kunci shortcut yang ada banyak gunakan, lebih senang nak buat kerja copy-paste!

Anda juga boleh beli aksesori tambahan dan mendekor papan tablet anda mengikut cita rasa sendiri. Disebabkan kebanyakan tablet boleh menjejak kedudukan pena setinggi 1cm dari permukaan, anda boleh menampal stiker ke atas permukaan tablet.

6. Senang dibawa merata

Kebanyakan papan grafik tablet biasanya tidak tebal lebih dari 1cm dan boleh muat di dalam bag laptop anda, malah bagi tablet saiz A5 juga boleh memuati beg tangan atau beg silang. Ia juga lasak dan tidak berat. Papan grafik tablet yang berwayar dan pena tidak perlu dicas lalu boleh diguna sentiasa tanpa merisaukan tempoh pengunaan.

Jika anda ingin membeli tablet, anda boleh melawati Draw @Edustore di Shopee. Pelbagai jenis tablet dari size hingga harga berpatutan boleh dibeli untuk kegunaan harian mengikut bajet dan kesesuaian kerja anda.

Kami harap anda dapat meningkatkan lagi kualiti dan ketangkasan membuat kerja dengan penggunaan tablet grafik. Ingat untuk sentiasa menjaga postur badan sama ada anda menggunakan tetikus atau tablet grafik supaya badan tidak cepat keletihan!