3G, 4G, 5G; Apa Beza Antara Rangkaian Ini dan Impak Terhadap Kehidupan Seharian?

Semakin maju teknologi kita, semakin besar data informasi yang digunakan pada setiap detik. Dengan ini, teknologi rangkaian selular jalur lebar harus mempunyai rangakian yang luas serta kelajuan data perlu lebih pantas dan boleh menampung jumlah data yang digunakan oleh setiap orang di muka bumi ini.

Apakah nombor dan huruf ‘G’ di maksudkan dalam rangkaian?

G menunjukkan generasi . Setiap generasi rangkaian meningkatkan keupayaan tahap data selari dengan permintaan dan kegunaan teknologi dalam hidup harian kita terutamanya di dalam bentuk komunikasi. Bermula dari hanya cukup untuk menampung penghantaran suara, menghantar imej dan kini mengunakan panggilan video.

Apa sahaja ‘data’ yang menggunakan melalui rangakaian ini?

Data yang sering digunakan dalam kehidupan harian sejak dahulu hingga sekarang adalah panggilan telefon tanpa wayar, pengunaan internet dan perkongsian data antara peranti seperti telefon, modem, komputer dan tablet. Secara am untuk sektor ekonomi, pautan latensi rendah seperti kawalan jauh infrastruktur kritikal terutama untuk industri pengangkutan, dan prosedur perubatan.

Data melalui talian mempunyai had muat turun dan kepantasan perkongsian data. Secara tidak langsung ia juga mengehad kualiti sesebuah data yang dikongsikan, contoh nya panggilan video dan penghantaran video.

Bagaimana had rangkaian ini mengehad kualiti teknologi dan hidup?

Masihkah anda ingat video pada zaman MMS hanya boleh dilihat dalam format 3GP? Format 3GP amat ringan namun kualitinya agak kabur dibandingkan dengan format video sekarang seperti MP4 atau MOV kerana data untuk menghantar video tersebut tidak dapat ditampung secara nyata pada zaman 3G. Kini kita dapat melihat video pada resolusi yang tinggi dengan masa muat turun yang singkat.

Pada tahun awal 2000, menghantar ‘SMS’ dan ‘MMS’ adalah sesuatu yang dikira sebagai agak ‘mahal’ kerana dicaj pada setiap mesej yang dihantar mengikut muatan jumlah huruf. Kini kita hanya menggunakan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Messenger untuk berhubung dengan lebih pantas dan segera secara percuma tanpa had asalkan mempunyai hubungan kepada internet.

Kini kita berada dalam pengunaan 4G berluasa dimana 5G masih lagi berada di dalam fasa ujian. Dengan pengunaan 4G, kita kini berada dalam generasi yang banyak menggunakan peranti pintar seperti komputer dan telefon pintar untuk menerukan hidup dan berkerja. Tanpa secara langsung ia juga meleraikan sempadan untuk mengakses sesebuah informasi dari internet.

Apakah beza antara generasi Rangkaian?

1G: panggilan telefon tanpa wayar, suara sahaja secara analog
Tahun dilancarkan: 1980an
Kelajuan maksima: 2.4kbps.

2G: panggilan dan teks serta SMS, pesanan gambar dan MMS.
Tahun dilancarkan: 1991
Kelajuan maksimum : 50kbps +-

3G: panggilan video dan internet mudah alih
Tahun dilancarkan: 1998
Kelajuan maksima: 2mbps

4G: menyokong TV mudah alih definisi tinggi, persidangan video, sesuai untuk modem tanpa wayar USB untuk komputer riba dan juga akses internet di rumah.
Tahun dilancarkan: 2007
Kelajuan maksima: 1Gbps

5G: penyiaran resolusi 4k tanpa penyangaan, memuat turun data lebih segara dalam masa nyata.
Tahun dilancarkan: masih dibawah ujian
Kelajuan maksima: 20 Gbps

Apakah perbezaan ketara antara 4G dan 5G?

Salah satu perbezaan terbesar antara 4G dan 5G adalah kapasiti maksima (peak capacity) dan kependaman latensi (latency). 5G menggunakan frekuensi radio yang jauh lebih tinggi (28 ghz berbanding 700 mhz – 2500 mhz untuk 4G), 5 kali lebih laju dari 4G untuk memindahkan lebih banyak data melalui udara secara eksponensial untuk kelajuan lebih cepat, pengurangan kesesakan dan latensi yang lebih rendah, yang merupakan sebab kelewatan sebelum pemindahan data bermula mengikuti arahan.

4G dapat menyokong sekitar 4,000 peranti per kilometer persegi, sedangkan 5G akan menyokong sekitar satu juta peranti . Pada tahun 2024, dijangkakan sebanyak 1.5 bilion pengguna iatu 40 peratus liputan penduduk global akan menggunakan teknologi ini, dan 5G seharusnya menampung kegunaan seramai ini pada masa akan datang.

Apa yang boleh dicapai dengan kegunaan 5G?

5G adalah teknologi rangkaian selular generasi kelima dan terbaru dan perlu meningkatkan kapasiti untuk rangkaian mudah alih, yang membolehkan lebih banyak peranti menggunakan rangkaian daripada sebelumnya.

Dengan kurang latensi dan kepantasan data yang boleh diperolehi, ia juga dilihat untuk bandar besar berubah kepada kepada ‘Smart City’ bermaksud Bandar Pintar yang merangkumi dari sektor pengangkutan, sekuriti, pengunaan tenaga serta sumber mentah dan servis awam.

Rangkaian 5G sudah bermula untuk digunakan di beberapa bandar besar seperti di Korea Selatan, Jepun, UK dan US dan bersedia untuk berhijrah kepada bandar pintar dengan adanya teknologi Massive Connectivity (Massive IoT) yang bermaksud ‘Rangakian Bersambung Besaran’

Pengunaan 5G juga akan meningkatkan lagi pengunaan ‘Smart Home’ atau Rumah Pintar dimana sekuriti, kereta pintar dan pengunaan barangan elektronik boleh dikawal melalui telefon pintar anda. Malah, ia juga dapat menjejak jika terdapat masalah yang berlaku di rumah kita dengan lebih tepat dengan memperhati perubahan suhu atau pergerakan.

Sektor industri pembuatan, pengangkutan dan perubatan juga dapat ditingkatkan lagi dengan kelajuan data diperolehi yang dijejak oleh sensor dengan lebih tepat pada masa nyata. Malah ia boleh dikawal dengan lebih tepat dengan intergerasi kepintaran AI.

Dari segi hiburan pula, pengguna dapat melihat video 3D dengan lebih jelas tanpa merisaukan tempoh untuk memuat turun video. Siaran secara langsung juga akan mempunyai kelewatan pengudaraan minima dimana kita boleh menyaksikan sesebuah siaran pada waktu nyata.

Dengan kapasiti kelajuan rangkaian 5G, ini akan melancarkan lagi kualiti komunikasi, teknologi, penghantaran data, kajian dan hiburan di skala global serta gaya hidup yang lebih maju.

Sumber: verizon.com, raconteur.net