Terapi Seni Membantu Merawat Masalah Psikologi

Penggunaan kaedah artistik untuk merawat masalah psikologi dan meningkatkan kesihatan mental dikenali sebagai terapi seni. Terapi seni adalah teknik yang berakar pada idea bahawa ekspresi kreatif dapat memupuk penyembuhan dan kesejahteraan mental.

Apa Itu Terapi Seni?

Terapi seni mengintegrasikan teknik psikoterapi dengan proses kreatif untuk meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan. Matlamat terapi seni adalah pengaplikasian method serta proses kreatif untuk membantu seseorang meneroka ekspresi diri, dengan melakukannya dapat mendalami cara baru untuk mendapatkan pandangan peribadi dan mengembangkan kemahiran baru.

Ciri-Ciri  Terapi Seni

  • Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.
  • Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan 
  • Emosi dan tekanan dalam menghadapi 
  • Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian.
  • Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.
  • Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.
  • Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda.
  • Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.

Semasa individu membuat seni, mereka mungkin menganalisis apa yang telah mereka rasa dan bagaimana kaedah seni terapi membuat mereka terasa. Dengan meneroka seni mereka, orang dapat mencari tema dan konflik yang mungkin mempengaruhi pemikiran, emosi, dan tingkah laku mereka. Seseorang tidak perlu mempunyai kemampuan artistik atau bakat khas untuk mengambil bahagian dalam terapi seni, dan setiap individu dari semua peringkat umur termasuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa dapat memanfaatkannya.

Antara Keadaan Yang boleh menggunakan terapi seni:

1. Stress

2. Keresahan

3. Kanser

4. Kemurungan

5. Gangguan Makan

6. Kesukaran Emosi

7. Masalah perhubungan dan keluarga

8. Gejala psikologi yang berkaitan dengan masalah perubatan lain

9. PTSD

10. Isu Psikososial

Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu individu mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Ringkasnya, terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.