Persediaan Penting Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga

Untuk mempersiapkan diri supaya anda kelihatan dan diyakini lebih berkelayakan, persediaan penting sebelum dan selepas temuduga ini harus anda ambil kira. Apa yang harus anda lakukan adalah:

Sebelum Temuduga

  1. Kaji latar belakang dan perniagaan syarikat yang anda sedang mohon. Lakukan kajian berkaitan fakta dan angka tentang syarikat, fahami misi dan visi syarikat dan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Meletakan sebahagian diri anda ke dalam syarikat tersebut akan membuatkan panel temuduga rasa anda sudah memahami mereka. Peluang peratusan kejayaan anda akan menjadi lebih besar.
  2. Cuba buat jangkaan soalan yang bakal ditanya. Jenis soalan apa yang biasa ditanya semasa temuduga boleh didapati di internet. Selain itu cuba sediakan beberapa soalan yang mungkin anda ingin tanya kepada panel temuduga kemudian.
  3. Siapkan penampilan anda supaya kemas, kelihatan profesional, bersih dan menarik. Cara berpakaian adalah perkara pertama yang paling mudah untuk dinilai. Pastikan rambut disikat rapi, pakaian tidak kedut, kasut bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan, tidak memakai bau haruman terlalu kuat.

Semasa Temuduga

  1. Tepati masa! Pastikan anda sampai awal sebelum sesi temuduga anda bermula. Kelebihan samapi awal anda tidak akan rasa panik dan mungkin menganggu fokus anda kemudian. Jika anda samapi lamabt, ia bakal memberikan anggapan negatif panel interview kepada kredibiliti anda.
  2. Bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional. Berkenalan dengan siapa sahaja yang anda jumpa sepanjang proses temuduga. Ia akan memberikan anda imej positif dan anda dianggap sedia berkerjasama dalam perkerjaan.
  3. Jawab soalan dengan yakin, tersusun dan jalinkan ‘eye-contact’ dengan panel temuduga.

 

Selepas Temuduga

  1. Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Nyatakan penghargaan anda atas peluang berharga yang mereka berikan kepada anda.
  2. Bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga.

 

Cuba lakukan dan semoga berjaya!