Kenali Personaliti Extrovert

Betul ke individu yang berpesonaliti ekstrovert lebih mendapat perhatian?

Tampilkan diri anda dengan serlahkan keyakinan serta semangat yang tinggi. Buktikan anda mampu melakukan apa jua dengan bersemangat. Berani bercakap dihadapan khalayak ramai. Hal ini menjadi mudah bagi mereka yang berkeperidian ekstrovert, namun tidak mudah kepada individu instrovert. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai instrovert, lihat di halaman yang telah dikongsikan sebelum ini.

Adakah Anda Berpesonaliti Extrovert?

Sifat extrovert adalah berlawanan dengan introvert. Jika introvert lebih senang menyendiri, extrovert pula lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Antara sebab individu ektrovert menjadi perhatian kerana mereka menyukai aktiviti spontan dan lebih mudah melakukan interaksi dengan dunia luar.

Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.

Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.

Ciri-Ciri Khas Extrovert

1. Selalu berkeyakinan dan semangat

2. Pandai berinteraksi dan bersosial

3. Pandai membawa diri dan disenangi dalam pergaulan

4. Cenderung spontan dalam bertindak / berbicara

5. Pandai menghangatkan suasana yang bosan

6. Suka dikenali dan menjadi perhatian ramai

7. Senang jadi pembicara daripada pendengar

8. Extrovert tahu akan kelebihan dan kemampuannya

9. Energetik dan adakalanya tegas

10. Suka bekerja dengan orang ramai

Setiap individu mempunyai kebiasaan, kebolehan dan kebolehannya sendiri yang unik hanya kepadanya. Di dunia tidak ada dua orang yang sama identiti, kita semua berbeza.Oleh hal yang demikian apa jua personaliti diri anda, anda adalah diri anda dan anda adalah istimewa dengan cara anda yang tersendiri.