Kekuatan Sifat Merendah Diri

Merendah diri tidak selalu dilihat sebagai kekuatan sesorang bahkan ia sering dianggap sebagai sebuah kelemahan. Sesetengah orang percaya bahawa sifat rendah diri itu memandang rendah terhadap harga dan keyakinan diri. Jangan terkeliru antara rasa rendah diri dengan malu secara keseluruhan.

Sebenarnya sifat kerendahan hati ini menyerlahkan lagi harga diri untuk memahami perkara yang baik yang anda lakukan. 

Perwatakan Bersifat Rendah Diri Dalam Hidup

Perwatakan rendah diri dilihat berlawanan antara kesombongan, keangkuhan, dan rasa hebat. Ia berdasarkan sikap mengambil berat dan belas kasihan terhadap orang lain.

Minda yang merendah diri mempunyai kesan positif yang ketara terhadap kemahiran kognitif, interpersonal dan melakukan keputusan. Lalu, cara kita berfikir membentuk diri kita pada hari ini.

 

Prihatin akan Perasaan Orang Lain

Kerendahan hati membantu seseorang menghulurkan lebih belas kasihan dan empati kepada orang lain.  Mereka yang mengamalkan kerendahan hati lebih cenderung untuk mempertimbangkan kepercayaan dan pendapat orang lain.

 

Impak rendah hati secara keseluruhan terhadap kita

Seperti yang telah kita lihat, kerendahan hati boleh mempengaruhi semua aspek kehidupan kita, daripada cara kita hidup dan bekerja kepada cara kita berfikir dan cara berinteraksi dengan orang lain. Ia mempunyai manfaat kesihatan mental dan fizikal yang besar jika kita menerimanya sebagai salah satu cara hidup.

 

Kerendahan hati intelektual 

Belajar dari kesilapan lebih mudah diungkapkan daripada melakukannya. Sejak kanak-kanak lagi, kita dididik untuk tidak melakukan kesilapan. Orang yang belajar daripada kesilapan berkongsi satu ciri yang sama iaitu mereka merendah diri.

Berbeza dengan mereka yang terlalu ego untuk memperbetulkan kesilapan sendiri, golongan yang rendah diri mudah didampingi. Pakar psikologi memanggil kesedaran ini “kerendahan hati intelektual.”

Orang yang merendah diri dari segi intelek tahu bahawa kepercayaan, pendapat dan pandangan mereka boleh salah kerana mereka menyedari bahawa bukti yang menjadi asas kepercayaan mereka mungkin terhad.

 

Akhir kata, bersifat rendah diri bukanlah sesuatu yang memalukan malah membentuk kita sebagai seorang yang lebih dihormati. Bersifat rendah diri membantu untuk kita lebih memahami orang lain dan bertimbang rasa terhadap keadaan yang berlaku. Jika anda berminat untuk mengenali sesebuah perwatakan dengan lebih lanjut sebagai seorang ahli psikologi, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!