Kanak-kanak Dilahirkan Semasa Pandemik Mendapat Skor Lebih Rendah Pada Ujian Kognitif

Sebuah kajian baru melibatkan 672 kanak-kanak yang sihat berusia antara 3 bulan hingga 3 tahun dari negeri Pulau Rhode di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penemuan yang membimbangkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan semasa pandemik di AS  menunjukkan penurunan prestasi kognitif verbal, motorik, dan keseluruhan berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan sebelum pandemik.

Dalam dekad sebelum pandemik, skor IQ purata pada ujian standard untuk kanak-kanak berusia antara tiga bulan dan tiga tahun melangkaui sekitar 100, tetapi untuk kanak-kanak yang terdaftar dalam kajian ini yang lahir ketika pandemik itu, jumlahnya menurun sehingga 78, penurunan 22 mata dari purata kohort sebelumnya.

 

Cara kajian di jalankan

Penulis kajian dari Rhode Island Hospital dan Brown University menggunakan kajian longitudinal yang berterusan mengenai perkembangan saraf kanak-kanak, yang dikenali sebagai kajian RESONANCE di Brown University untuk memeriksa skor kognitif kanak-kanak pada tahun 2020 dan 2021 berbanding dekad sebelumnya (2011-2019). Populasi kajian dikendalikan berdasarkan umur, jantina, demografi, dan sosioekonomi.

Analisis perkembangan kognitif dinilai menggunakan Mullen Scales of Early Learning, alat adminstrasi populasi yang terkawal dan dikendalikan secara klinikal yang menilai fungsi di lima kawasan utama iaitu kawalan motor halus dan kasar, penerimaan visual, ekspresif serta bahasa digunakan dirumah melalui pemerhatian dan prestasi langsung.

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi

1.000 hari pertama kehidupan adalah tempoh yang unik apabila asas kesihatan, pertumbuhan, dan perkembangan saraf yang optimum sepanjang jangka hayat dibuat.  Berdasarkan apa yang diketahui sekarang mengenai perkembangan otak dalam 1,000 hari pertama, tidak menghairankan bahawa asas dari beberapa tingkah laku paling rumit manusia dinyatakan sejak awal kehidupan, sebelum terdapat mengekspres tingkah laku yang jelas dari kawasan tersebut.

Faktor persekitaran, termasuk kesihatan mental dan fizikal ibu, pemakanan, rangsangan dan penjagaan yang dapat mempengaruhi otak janin dan bayi yang sedang berkembang. Para penyelidik mendapati bahawa walaupun tidak ada jangkitan langsung, perubahan persekitaran yang berkaitan dengan wabak ini secara signifikan dan negatif mempengaruhi perkembangan bayi dan anak. Lelaki dan kanak-kanak dalam keluarga sosioekonomi rendah adalah populasi yang paling terjejas.

 

Kesan kepada komuniti

Dengan terperap di rumah, kekurangan sokongan keluarga atau pengasuh dan rangsangan serta sosialisasi terhad yang ditegaskan oleh garis panduan kesihatan awam Covid-19, banyak bayi telah kehilangan pengalaman perkembangan yang normal. Oleh kerana tekanan kewangan yang tercetus akibat wabak Cov-19 dan pilihan penjagaan anak yang terhad, persekitaran rumah juga menjadi lebih tertekan dan tidak stabil. Ibu-bapa terpaksa melakukan pekerjaan dan penjagaan anak secara serentak, ibu-bapa mungkin tidak dapat meluangkan banyak masa untuk mewujudkan persekitaran yang positif untuk bayi.

Sama ada skor kognitif yang lebih rendah ini akan memberi kesan jangka panjang adalah tidak jelas. Tetapi memandangkan besarnya masalah yang ditemui dalam kajian ini, badan penyelidikan global yang lebih substantif mengenai masalah ini sangat diperlukan untuk mengembangkan panduan berasaskan bukti untuk ibu hamil, merancang strategi berkesan untuk rawatan susulan dan sokongan bayi yang bakal hadir ke muka bumi ini. Penyelidikan ini juga dapat memberikan panduan yang tepat untuk pembukaan semula sekolah serta penitipan anak dan penyediaan pembelajaran secara langsung atau maya.

 

Jika anda ingin membuat peribahan kepada masalah di atas sera meminati bidang psikologi dan perkembangan minda kanak-kanak, anda boleh mencuba untuk berkerja sebagai ahli psikologi klinikal atau kaunselor keluarga supaya keupayaan dan kesihatan mental tidak akan terjejas pada waktu yang akan datang walaupun selepas pandemik ini.

Sumber: bmj.com, Uunicef-irc.org, Freepik.com