Ciri-Ciri Seorang Yang Introvert

Vector illustration of beautiful young woman wearing glasses hiding behind wall a watching

Introvert. Apa yang anda tahu tentang individu introvert ini? Anti Sosial?Pendiam?Suka menyendiri?Miliki raut wajah ‘resting bitch face’, ala-ala muka ketat?

Sebenarnya introvert adalah salah satu keperibadian manusia yang dimiliki di muka bumi ini dari dua yang ada iaitu lawan kepada extrovert. Berbanding dengan extrovertintrovert sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif kerana mereka adalah orang-orang yang cenderung untuk diam, tenang, misteri dan suka bersendirian dan ada juga beranggapan mereka adalah golongan yang anti sosial dan sombong.

Jom selidik sifat si introvert…

Jika anda memiliki ciri-ciri ini, ertinya anda seorang yang introvert.

1. Introvert sangat menikmati “me time”

Individu sebegini sangat menikmati masa bersendirian dengan baik. Bila yang extrovert bosan bila bersendirian di rumah, anda pula rasa tenang dan happy. Pada masa ini, introvert biasanya akan menghabiskan masa berfikir dan termenung jauh, kadang-kala berfikir secara mendalam, ada masanya bermonolog seorang diri.

2. Bukan anti sosial tetapi sangat selektif

Individu sebegini bukanlah anti sosial seperti yang dikatakan masyarakat, tetapi mereka lebih cenderung dan berhati-hati dalam berkawan dengan seseorang. Anda ingin mengenali watak seseorang sebelum berkawan rapat dengannya.

3. Introvert merasakan keramaian itu merimaskan

Tidak kerana anda takut kepada orang ramai tetapi tidak selesa bila bersama dengan orang yang tidak dikenali. Anda tidak sabar untuk pulang semata-mata mengelakkan diri daripada bergaul dengan kelompok manusia yang bercakap tentang perkara yang tidak penting, apatah lagi anda langsung tidak tahu-menahu.

4. Lebih selesa “hang out” dengan orang yang dikenali

Anda jarang pergi ke acara yang ramai orang. Sekali-sekala, anda akan pergi ke acara sebegitu tetapi itu sangat jarang berlaku. Anda lebih selesa bersama dengan orang yang dikenali, rasa lebih selamat dan senang.

5. Introvert adalah pendengar yang baik

Individu sebegini adalah pendengar yang sangat baik. Dia mendengar, memerhati dan memahami. Tetapi dia tidak mudah untuk memberikan jawapan atau respon. Dia hanya akan bertindak balas jika seseorang meminta maklum balasnya.

6. Berfikir sebelum berbicara

Introvert adalah golongan yang sangat berhati-hati dalam bercakap. Selalunya mereka akan berfikir dan mengelak menyampaikan sesuatu yang sia-sia. Setiap kali berhujah, mereka akan berfikir sedalamnya agar apa yang disampaikan itu berkualiti dan berguna, langsung tidak merepek.

7. Anda adalah seorang penulis

Introvert lebih suka untuk berkomunikasi melalui penulisan dan bukannya secara lisan. Kebanyakan introvert, seperti pengarang J.K. Rowling mengatakan bahawa dia berasa paling kreatif apabila mempunyai masa untuk bersendirian dengan pemikirannya.

8. Nada dering telefon adalah musuh

Mereka bukan orang yang selesa untuk bersembang melalui telefon. Sering merasakan bahawa telefon bimbit itu mengganggu tumpuannya terhadap sesuatu. Hanya kepada orang tertentu boleh berbual baik melalui telefon.

9. Lambat dalam membalas pesanan seseorang

Apabila anda tahu bahawa seseorang menhantar mesej kepada anda, anda tidak akan membalas serta-merta. Walaupun ia mungkin adalah mesej dari keluarga. Anda memilih untuk membalas mesej dalam keadaan yang bersedia, jadi anda akan membalas mesej dengan bahasa yang baik.

10. Suka mengamati keadaan sekitar

Mungkin sudah sifat anda yang gemar menyendiri, jadi anda suka mengamati dan memerhati persekitaran dengan terperinci. Anda cuba menyelam dan mengetahui apa yang berlaku dengan keadaan di sekeliling. Anda sering cuba mencari jawapan tentang apa sahaja di sekeliling anda.

11. Tidak sukakan perhatian

Kadang-kala introvert cenderung untuk mengelak daripada orang sekeliling. Perhatian bukan sesuatu yang anda suka malah menjadi gila, gemuruh apabila secara tiba-tiba tumpuan diberikan pada anda. Sebagai contoh, jika dalam pengangkutan awam, anda lebih selesa berdiri di hujung malah duduk di tempat yang hujung sekali, jauh dari pandangan orang.

Sebenarnya, tak kisahlah anda seorang introvert atau extrovert, asalkan anda tidak kacau hidup orang, semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: wanista.com