Bercakap Dengan Diri Sendiri. Baguskah?

Majoriti masyarakat berpandangan bahawa bercakap dengan diri sendiri adalah gila. Bercakap dengan diri sendiri pada asalnya adalah suara dalaman, iaitu suara dalam fikiran yang tidak dapat didengari oleh orang lain. Kita tidak tahu bahawa suara-suara ini sering berputar dalam kepala sehingga dapat mempengaruhi diri.

Suara dalaman ini boleh menjadi positif dan boleh juga menjadi negatif. Apabila ia positif, suara ini akan dapat membina keyakinan dan menenangkan diri daripada ketakutan. Jika sebaliknya, seseorang itu akan sentiasa merasakan dirinya gagal dan tidak berkemampuan.

Bagus Rupanya Bercakap Dengan Diri Sendiri

Sebenarnya bercakap dengan diri sendiri ini sebenarnya memberikan pelbagai manfaat dari segi mental dan fizikal.

1. Menghilangkan Kesunyian

Mungkin bunyinya aneh dan pelik bercakap seorang diri dengan diri sendiri.  Bercakap dengan diri sendiri ini sebenarnya dapat mengurangkan rasa kesunyian dalam diri seseorang individu. Dalam pada masa yang sama, ia boleh menjadi reaksi yang menenangkan ketika ingin mengisi kekosongan dalam diri dengan mendengar suara sendiri.

2. Meningkatkan Keyakinan Diri

Bercakap dengan diri sendiri sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri kamu. Seperti contoh, kamu tidak perlu menunggu orang lain untuk mengatakan sesuatu atau memuji kerana kamu boleh lakukannya.

3. Menyelesaikan Masalah Dengan Bebas 

Daripada mendapatkan bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah, kamu akan mendapati menyelesaikan masalah dengan sendirinya akan menjadi mudah dan pantas.

4 Cara Paling Efektif Seorang Pemimpin Dalam Menyelesaikan Masalah

Jika kamu memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri ketika menyelesaikan masalah, kamu pasti boleh lakukannya. Ini kerana kamu dapat berfikir di luar kotak dan mencari jalan penyelesaian dengan diri sendiri.

Bercakap dengan diri sendiri membolehkan keyakinan kamu meningkat dan menjadikan diri kamu seorang yang lebih efektif dalam menyelesaikan masalah.

4.Mengurangkan Tekanan 

Selalunya kalau menghadapi tekanan dan berkongsi dengan orang lain, kamu akan lebih berasa tertekan kerana dikritik atau perkongsian kamu tidak diberi perhatian.

Bercakap seolah-seolah ianya sebuah perbincangan dapat membuatkan kamu tidak memikirkannya setelah semuanya diluahkan. Dan secara tidak langsung, kamu dapat membina kepercayaan pada diri sendiri dalam apa jua keadaan.

5. Merealisasikan Impian & Matlamat

Kenapa kunci utama untuk kamu berjaya mencapai impian atau matlamat adalah bercakap dengan diri sendiri?

Menurut ahli psikologi, Linda Sapadin mengatakan bercakap dengan diri sendiri membolehkan kamu membuat gambaran tentang sesuatu perkara seperti impian atau matlamat yang ingin dicapai.

Mempunyai impian atau matlamat dapat membantu diri kamu berusaha keras untuk mencapainya. Kamu dan diri kamu dapat bekerjasama dan tidak menghiraukan gangguan yang boleh membuatkan kamu gagal.

6. Mengatur Pemikiran 

Kita yang sangat sibuk dalam kehidupan seharian akan mempunyai pelbagai perkara yang melintas dalam kepala. Pelbagai perkara yang perlu diingat dan dilakukan. Sampai satu tahap, kamu boleh lupa akan segala-galanya.

Untuk mengaturkan yang mana penting dan perlu dilakukan terlebih dahulu, kamu boleh bercakap dengan diri sendiri untuk menyusun perkara yang penting sehingga tidak penting.

Mungkin kamu rasakan sebenarnya kamu ini seorang multitasking, tetapi sebenarnya otak kamu hanya boleh memproses satu perkara pada satu masa. Jadi ia sangat penting untuk bercakap dengan diri sendiri bagi mengingatkan dan meyusun senarai anda.

7.Terima Diri Sendiri 

Jika kamu sering menyakitkan perasaan dan diri sendiri, kamu perlu hentikannya segera. Ini kerana jika kamu terus berbuat demikian, ia sebenarnya akan membuatkan diri kamu menjadi semakin toksik.

Ucapkan perkataan-perkataan yang memberikan kegembiraan pada diri kamu. Seperti contoh, jika kamu sering malu dengan diri sendiri, kamu boleh katakan, “Saya sangat bersyukur dengan diri saya”.

Bercakap perkara-perkara positif kepada diri sendiri ini akan membuatkan kamu terima diri sendiri dan abaikan apa yang dikatakan oleh orang yang boleh membuatkan keyakinan anda hilang.

Tidak salah untuk bercakap dengan diri sendiri kerana ia dapat membuatkan kamu percaya dengan diri sendiri dan dapat memperbaiki komunikasi dengan orang lain. Kaedah ini juga menjadi terapi yang sangat bagus untuk diri kamu selain dapat mengenali diri dengan lebih mendalam.

Sumber: www.wanita.com