Bagaimana Impak Kepimpinan Membawa Masyarakat Ke Arah Khayalan Palsu Ketika COVID-19

Ketika wabak COVID-19 menular ke seluruh dunia, semua negara mencuba membendung virus ini dari melumpuhkan negara mereka namun terdapat negara yang masih tidak dapat mengekangkan masalah ini kerana kedegilan pemimpin yang enggan memberi kerjasama.

Mengenali Pemimpin Amerika Syarikat

Donald Trump atau dikenali sebagai Trump adalah president Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya dikenali ramai. Beliau turut mempunyai pelbagai jenis perniagaan seperti perhotelan, perniagaan dan pelbagai lagi bernilai 2 billion USD.

Disebabkan kemasyukan perniagan beliau, Trump mencuba nasib untuk menjadi presiden dan pada 2018, beliau menjadi presiden ke-45 Amerika Syarikat sebagai ahlli parti Republik.

Pada ketika ini, AS adalah negara tertinggi dari segi nombor kematian dan jangkitan COVID-19 walaupun mereka adalah dunia kelas pertama. Malah, Amerika selalu dilihat sebagai negara yang moden dan maju di mata dunia namun, mengapakah negara mereka boleh lumpuh seteruk ini?

Jumlah kematian coronavirus

Statistik dari WHO di laman Google pada 21 April 2020

Kepimpinan Yang Bertentangan Arah

Peninjuk perasaan berarak protest COVID-19

Penunjuk perasaan berarak ke Lane Street semasa demo ReOpen North Carolina di pusat bandar Raleigh, North Carolina Selasa, 21 April 2020.

Dalam krisis kesihatan dan sosioekonomi yang semakin menjunam, beliau melihat peluang untuk mempromosikan dirinya sebagai pemimpin yang sangat diperlukan dari sebuah negara yang maju. Trump mengelirukan seluruh negara mengenai bahaya yang akan berlaku dari wabak koronavirus. Pada bulan Februari, setelah sebulan wabak itu berluasa, beliau meyakinkan orang ramai bahawa tidak ada yang perlu dikhawatirkan, semuanya terkawal.

Trump menyebarkan propaganda yang COVID-19 in hanya rekaan semata mata di mana media hanylah melaporkan berita palsu untuk melumpuhkan ekonomi dengan menyuruh rakyat untuk duduk di rumah dan memberhentikan perniagaan buat sementara waktu.

Walaupun WHO (World Health Organization) mendesak bahawa ini adalah sebuah isu global yang benar dan membahayakan, Trump merancang untuk membuka kembali aktiviti perniagaan walaupun ahli sepejabat beliau berasa ia adalah langkah yang buruk. Rakyat mempercayai kata-kata beliau yang mereka adalah negara yang berasakan ‘kebebasan’ maka mereka harus bebas memilih untuk meneruskan perniagaan untuk menjana kewangan dan bukan dikurung seperti negara ‘komunis’.

Walaupun sekarang beliau menafikan segala berita dan nombor kematian disebabkan oleh virus tersebut, Trump dalam catatan berulang kali meremehkan penularan, kematian dan gangguan virus yang ia masih terkawal dan selamat dibandingkan dengan jangkaannya. Ini melahirkan perasaan ‘senang hati’ kepada pengikut beliau.

 

Mengancam dan Memaksa Pihak Lain

Trump turut mengecam memberhentikan dana kepada WHO  kerana tidak memberi AS layanan emas sambil memerintahkan tinjauan untuk menilai peranan institusi dalam “salah mengendalikan dan menutup” penyebaran coronavirus yang membunuh manusia.

Negara India juga turut dikecam kerana tidak menjualkan ubat kepada AS kerana ubat-ubatan di India dilarang untuk dijual kepada luar negara mengikutkan akta perubatan India. Trump menganjurkan penggunaan hidroksiklorokuin untuk merawat pesakit coronavirus baru, beliau mengancam untuk menyerang India sekiranya India tidak membuka eksport ubat tersebut ke Amerika Syarikat. Namun negara India hanya tidak mengendahkan dan fokus kepada negara tersendiri.

Secara tidak langsung, sikap mengecam ini mendorong rakyat untuk memberontak dengan lebih bersemangat.

 

Bagaimana Trump Mendorong Rakyat 

Trump memenangi hati rakyat dengan memainkan sentiment yang sensitif dengan slogan Make America Great Again (MAGA) yang bermaksud, Kembalikan Amerika Yang Hebat. Walaupun kita sering melihat Amerika negara yang moden, namun masih ramai rakyat mereka yang tidak celik walaupun melanjutkan pembelajaran selepas sekolah menengah didorongi oleh pemimpin sebegini. Disebabkan kita dikaburi oleh media Hollywood, kita sering merasakan mereka lebih cerdik untuk memikirkan hal yang logik.

Antara sentimen yang disuntik oleh Trump kepada rakyat beliau adalah dengan menjanjikan mengusir jutaan pendatang tanpa dokumen, melarang umat Islam mengunjungi AS dan membina tembok untuk menghalang pendatang haram dari Mexico memasuki AS.  Disebaliknya, kini Mexico telah menutupkan negara mereka dari kemasukan rakyat AS untuk ke Mexico kerana jumlah kejangkitan COVID-19 yang amat membimbangkan.

Beliau turut berdemo mengatakan lebih penting untuk memperjuangkan kebebasan dari terperap seperti negara luar yang lain. COVID-19 ini hanyalah sekadar penipuan, ia sama seperti penyakit selsema cuma di war-warkan kelihatan lebih bahaya. Maka beliau mengharuskan rakyat mereka untuk terus menjalankan perkerjaan untuk menjana ekonomi tanpa mengambil kira impak kejangkitan COVID-19. Ini telah membuat rakyat bersemarak untuk keluar dan mencari rezeki tanpa fikir soal hidup secara komuniti walaupun AS berada dalam tempoh perintah untuk duduk di rumah seperti negara yang lain.

Antara sebab utama Trump memainkan sentimen yang sensitif dengan menyemai pengikutnya dengan perasaan yang rasis dan pemikiran belakang adalah untuk mengekalkan posisi politik beliau. Masih terdapat ramai pengikutnya yang mempercayai kata kata beliau sebagai pemimpin walaupun is melibatkan isu nyawa.

 

Kesan Terhadap Negara

Pelbagai kempen protest untuk keluar berkerja oleh pengikut Trump berdemo menjerit ‘jika anda takut COVID-19, sila duduk rumah dan jangan menganggu kami untuk cuba keluar untuk menikmati hidup.” walaupun AS juga mendapat arahan untuk duduk di rumah sepeti negara-negara lain pada masa kini.

Para ‘frontliner’ yang tidak mengendahkan masalah politik sanggup berdiri di tengah jalan dengan baju skrab untuk menunjukkan yang mereka telah penat merawati rakyat yang sakit sebagai simbol menjaga kesihatan orang awam, namun pengikut Trump masih berkeras dan melanggar perintah “duduk di rumah”.

Disebabkan terlalu ramai pengikut mengikut kata Trump, negara menjadi terlalu huru hara sehingga tidak terkawal dan menjejaskan kualiti kehidupan. Dengan kematian hampir mencatat 50,000 iaitu 4x ganda lebih dari mana mana negara walaupun AS adalah negara kelas pertama.

Selebriti dan influencer merasakan dengan membuat aktiviti di luar adakah salah, mereka mencuba untuk menyampaikan pesanan kepada peminat mereka supaya kekal selamat bersama keluarga dan orang tersayang di rumah.

 

Apa Yang Boleh kita Pelajari

Sentiasalah beringat untuk memikirkan kebaikan pada diri dan orang sekeliling. Kita seharusnya menghormati pemimpin tetapi jika ia terlalu membahayakan negara dan nyawa, rakyat seharusnya menyuarakan dengan cara yang baik dan sopan, bukanlah dengan cara yang kasar dimana atau tidak bertamadun. Sesungguhnya orang lain lebih senang untuk menelan nasihat dari seorang lidah yang lembut.

Kepimpinan meninggalkan impak yang penting kepada rakyat, kepimpinan yang baik boleh membawa kemajuan manakala kepimpinan yang buruk boleh meruntuhkan. Kita juga seharusnya berfikir dan menilai cara kepimpinan seseorang dan bukan sahaja mengikut secara buta tuli hanya kerana mereka berjanji manis biar pun di dalam apa jua perspektif  dari politik, tempat kerja dan persekitaran hidup kita.

Terimalah untuk belajar dan membaca berita dari negara lain untuk memperluaskan pengetahuan am kita terhadap dunia. Kita tidak seharusnya melihat dunia hanya dari perspektif kita dan belajar menghormati perspektif dari budaya dan negara lain untuk memahami situasi sosioekonomi tempat tertentu.

Akhir kata, jagalah diri kita dan orang lain jika kita ingin orang lain menjaga kita sekali.

 

Sumber: fivethirtyeight.combusiness-standard.com, wikipedia.org/coronavirus_pandemic_data