Adakah anda seorang Shopaholic?

Membeli belah secara atas talian adalah salah satu norma baru di dalam hidup kita, lebih-lebih lagi ketika kita berada di dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini. Apa yang kita mahu beli, hanya berada di hujung jari, tambahan pula dengan ‘sokongan viral’ di sosial media, kita mudah terpengaruh untuk membeli sesebuah produk setelah melihat orang lain menggunakannya. Ternyata ramai telah beralih kepada e-dagang selepas kehilangan kerja pada PKP lepas, menambahkan lagi trafik jual dan beli secara atas talian, lalu melonjak kembali ekonomi.

Sejak kita berada di dalam pandemik akibat covid-19, penjualan atas talian telah meningkat sebanyak 33% di antara bulan Mac hingga Disember 2020. Malah, jumlah pembelian barangan runcit melonjak dari 14% ke 54% pada tahun 2021. Permintaan terhadap barangan runcit semakin bertambah, secara tidak langsung membuka lagi peluang bagi pembekal e-dagang untuk “selaras” dengan permintaan lalu menjadi pemangkin kepada kitaran kewangan yang semakin naik.

 

Lonjakan pembelian secara atas talian juga telah memberi impak terhadap kehidupan kita sebagai sebuah komuniti, kesannya terdapat sesetengah individu ketagih dengan membeli barangan atas talian hingga tidak terkawal. Sama ada kerana perasaan euphoria ketika ‘unboxing’ barang atau tidak mahu ‘ketinggalan’ dalam trend terkini, membeli belah secara online ibarat terapi kepada ramai orang. Ketagihan membeli-belah ialah ketagihan tingkah laku yang melibatkan pembelian kompulsif sebagai cara untuk berasa aman dan mengelakkan perasaan negatif, seperti kebimbangan dan kemurungan. Seperti ketagihan tingkah laku lain, ketagihan membeli-belah boleh mengambil alih sebagai keasyikan yang membawa kepada masalah perkara lain dalam hidup anda.

Antara salah satu tanda awal pada masalah ini adalah ‘pembelian impulsif’ atau Oniomania yang bermaksud membeli-belah secara kompulsif, atau yang lebih biasa dirujuk sebagai ketagihan membeli-belah. Orang yang bergelut dengan ketagihan membeli-belah biasanya menghabiskan lebih banyak masa dan wang untuk membeli-belah daripada yang mereka mampu, dan ramai yang mengalami masalah kewangan akibat daripada perbelanjaan yang berlebihan.

 

Dengan pengaruh pengiklanan di sosial media serta umpanan penghantaran atau voucher percuma membuatkan semua pengguna lebih impulsif untuk membuat pembelian, secara tidak langsung kita lebih cenderung terhadap masalah ini. Sebelum anda melarat terhadap ketagihan ini, MyCompass sediakan anda 5 cara menghindari diri dari belanja berlebihan.

 

1. Tuliskan barang senarai keperluan

Membuat sebuah nota senarai untuk membeli barang keperluan setiap bulan atau 2 minggu sekali disertai dengan anggaran harga akan membantu anda lebih sedar terhadap komitmen bulanan anda. Pastikan ia termasuk dengan bil, langganan bulanan, insurans, barangan dapur, parking dan seadanya. Yang paling penting, anda harus mengetahui apakah keperluan dan apakah kemahuan. Apabila anda mendapat gaji anda, cuba untuk melangsaikan hutang atau komitmen bil terdahulu dan membeli barangan keperluan. Dari sini anda boleh menganggarkan berapa banyak lebihan wang yang anda punyai dan tidak menggunakan wang selebihnya untuk pembelian bukan keperluan

2. Hadkan bajet perbelanjaan bulanan

Kini anda sudah mengetahui berapakah komitmen bulanan anda. Antara punca membeli belah tidak terkawal adalah tidak menyedari bajet yang ada. Catitkan perbelanjaan barangan anda di dalam sebuah aplikasi. Hindari membeli barang setiap hari, sedikit sedikit lama lama menjadi bukit. Antara salah satu cara anda boleh buat adalah membeli hanya sebulan sekali, dan pada bulan itu anda membelinya secara gus agar anda akan nampak berapa jumlah yang anda belanja.

 

3. Elakkan membuat pinjaman dan hutang

Pinjaman pendahuluan seperti Shopee Pay Later di aplikasi Shopee akan membuat anda mahu membeli barangan lebih mahal yang diluar kemampuan. Jika anda sudah cenderung untuk dibebani hutang dan pembelian berlebihan, dinasihati untuk tidak mengambil sebarang pinjaman atau membuat hutang kerana ia boleh menyekatkan pengunaan anda terhadap aplikasi tersebut jika anda tidak berjaya membayar tepat pada masanya. Jika anda mempunyai kad kredit, simpankan kredit yang anda untuk waktu kecemasan, anda tidak akan tahu jika anda akan berada di dalam kemalangan yang akan mengakibatkan pengunaan wang yang banyak.

 

4. Membuka akaun simpanan

Daripada anda membelanja lebih dari diperlukan, paksa kan diri anda untuk menyimpan wang atau meletakkan ke dalam pelaburan. Mulakan secara kecil dari RM50 dan naikkan kepada RM100 apabila anda rasa anda berjaya mengurangkan perbelanjaan dalam 2 ke 3 bulan. Motivasikan diri anda menyimpan untuk masa hadapan dan melihat wang anda berkembang di dalam simpanan. Wang tersebut mungkin boleh digunakan untuk bercuti apabila keadaan bersesuaian.

 

5. Cari bantuan yang boleh dipercacyai

Daripada anda membelanja lebih dari diperlukan, paksa kan diri anda untuk menyimpan wang atau meletakkan ke dalam pelaburan. Mulakan secara kecil dari RM50 dan naikkan kepada RM100 apabila anda rasa anda berjaya mengurangkan perbelanjaan dalam 2 ke 3 bulan. Motivasikan diri anda menyimpan untuk masa hadapan dan melihat wang anda berkembang di dalam simpanan. Wang tersebut mungkin boleh digunakan untuk bercuti apabila keadaan bersesuaian.

 

Membelanjakan wang yang ada tidak salah, kita hanya perlu berhati hati dengan pembaziran dan menghindari dari masalah kewangan. Kita mestilah mengetahui had perbelanjaan hidup demi waktu yang akan datang. Membeli secara lokal juga turut menaikkan kitaran kewangan dan membantu peniaga lokal, lalu menjana ekonomi negara kembali. Jika anda berminat dengan bidang perancangan kewangan dan ingin menjadi seorang penasihat kewangan peribadi untuk membantu mereka yang boros dengan kewangan, daftar bersama MyCompass dan terokai kebolehan anda dalam bidang e-perdagangan!

Sumber: Edge Market, Very Well Mind