7 Kebaikan Bermain Video Game Kepada Minda dan Kesejahteraan Diri

Permainan berasaskan online (talian) menjadi salah satu aktiviti masa lapang di zaman moden ini. Daripada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa juga sering bermain untuk bersosial serta melepaskan tekanan.

Namun, di sisi lain, berbagai pandangan negatif sering dilontarkan kepada warga gamer. Mereka dianggap orang yang gagal dalam menjalani kehidupan nyata, menyerang mereka lari ke dunia maya sebagai dunia baru mereka.

Ramai yang beranggapan negatif,  tanpa mengatahui yang bermain game sebenarnya membantu banyak untuk hidup hariam. Nah, berikut ini 7 manfaat bermain permainan dalam talian

1. Melepaskan stress dengan cara sihat

Penting untuk menjaga diri daripada ketekanan dan bermain game adalah satu medium yang boleh tolong untuk menenagkan diri dan minda. Malah, bermain untuk mencapaikan sesebuah objektif akan membuat pemain berasa lebih semangat untuk berusaha dan melupakan kesusahan di sekolah dan kerja untuk seketika.

2. Kerjasama dan bersosial

Ramai berasa yang sebenarnya bermain game ini adalah antara benda paling anti sosial tapi di zaman modern ini, komunikasi serta kerjasama di dalam game amat penting.

Dari menyusun stratergi, mendengar cakap ketua dan menolong kawan ketika dalam kesusahan dalam game secara tidak langsung memupuk perasaan tolong menolong serta bertoleransi tanpa mengira umur atau darjat.

Aspek komunikasi turut menolong mereka yang kurang keyakinan diri untuk berasa lebih konfiden di dalam hidup ‘benar’ mereka setelah dapat ‘practice’ berkomunasi dan bersuara dalam dunia online.

3. Menang atau Kalah adalah Asam Garam Hidup

Permainan online dalam secara tidak langsung dapatmenanamkan nilai-nilai sukan dalam diri mereka. Sikap ‘sportsmanship’ terpupuk untuk mematuhi peraturan permainan dan bersikap positif bersama pasukan dan pihak lawan.

Kalah atau menang, apa yang telah berlaku lalu mereka di didik agar tidak sombong saat menang dan tidak pula untuk mudah menyerah saat mengalami kekalahan.

Nilai-nilai seperti inilah yang sangat penting dalam mengarungi lautan kehidupan di dunia nyata. Nilai-nilai yang menjadikan seseorang menjadi individu yang selalu bersyukur dalam segala hal dan tidak pernah merasa terpuruk dikala sedang terjatuh.

4. Refleks Yang Lebih Laju dan Membuat Keputusan Tepat

Seorang gamer harus membuat keputusan yang pantas apabia sedang bermain sebuah game, dari cara taktikal atau stratergic memilih pilihan-pilihan disaat genting akan mempengaruhi senario dalam game tersebut.

Disebabkan seorang gamer harus menganalisa dan menjangkakan kemungkinan-kemungkinan yang terjadi dan risiko yang dihadapi ketika memilih sebuah pilihan, secara tidak langsung ini akan membantu dalam aspek ‘fight or flight’ seseorang walaupun di dalam hidup seharian mereka.

Faktanya, dalam kehidupan ini selalu ada saja pilihan-pilihan dilematis yang harus kita pilih. Seperti memilih kampus mana yang akan kita pilih setelah lulus SMA, memilih pekerjaan apa yang sesuai dengan kemampuan kita, atau mungkin dalam memilih seorang tambatan hati. Seorang gamer itu bak seorang visioner yang terorganisir, selalu berpikiran jauh kedepan saat berencana dan mengambil sebuah keputusan.

5. Mengasah Kreativiti dan Penyelesaian Masalah Yang Lebih Efektif

Percaya atau tidak, bermain game dapat meningkatkan kemampuan kognitif! Isabela Granic, profesor dari Radbound University Nijmegen di Belanda, dalam kajiannya mengatakan bermain game dapat meningkatkan kemampuan navigasi, berfikir, menguatkan memori, dan mencerna penerimaan informasi baru.

Apabila sesorang mengalami masalah dalam hidup harian, gamer mampu berfikir di luar kotak serta cara penyelasian yang lain untuk mengatasi masalah-masalah tersebut samada di kerja, sekolah atau aktiviti harian mereka.

 

6. Belajar Berkompromi dan Toleransi Antara Orang Lain.

Ketika bermain game online nak tau tidak, kita pasti harus berinteraksi dengan pemain lain untuk progress. Banyak game memerlukan aktiviti secara berkumpulan untuk berjaya, tanpa mengira umur, darjat, bangsa atau jantina, di dalam dunia ‘virtual’ ini, semua orang akan berada di pangkat yang sama.

Belajar dari antara diri dan kumpulan, bertukar pendapat serta menghormati pandangan individu membuat kita lebih bersifat toleransi dengan orang lain.

 

7. Mengembangkan Pengetahuan dan Pengalaman

Banyak yang boleh dibelajar dari bermain game, ada banyak game yang berlatarkan sejarah benar dan mitos terkenal seperti Assasin’s Creed dan God of War. Secara tidak langsung kita akan memahami dan belajar tentang dunia luar.

Bermain game juga akan memberi pelbagai pengalaman dengan berjumpa orang lain serta mendengar pengalaman mereka tanpa mengira budaya atau bangsa. Lalu kita dapat mempelajari budaya luar secara tidak langsung.

 

Pelbagai kebaikan boleh didapati namun setiap aktiviti yang kita lakukan harus lah berada di tahap yang sederhana. Apabila bermain game mahupn berkerja, jangan lah lupa akan kesihatan diri dan perkara yang penting untuk hidup.