50 Soalan Yang Sering Ditanya Sewaktu Sesi Temuduga

Soalan-soalan ini berbeza mengikut syarikat. Jika anda pergi syarikat yang sangat “hectic” dalam suasana kerjanya, berbeza la soalannya.

Soalan ini sebenarnya ditanya untuk mereka yang ingin mengenai lebih tentang diri anda. Dengan bertanya soalan ini sahaja mereka boleh menilai anda sama ada anda layak untuk bekerja di tempat mereka ataupun tidak.

Kemahiran untuk menjawab ketika temuduga dengan yakin dan positif boleh mampu memberi peluang yang lebih cerah untuk di pilih dan membuat anda kelihatan lebih berpotensi ketika berkerja.

Tak kiralah apa yang anda dah pernah lalui pada sesi temuduga sebelum ini, ianya tidak akan memberi apa-apa kesan buruk dengan sesi temuduga yang bakal anda hadapi. Malahan anda akan jadi lebih bersedia untuk ke temuduga yang akan datang.

Salah satu cara untuk anda berjaya dalam sesi temuduga ialah dengan cara anda berlatih menjawab soalan-soalan yang mungkin akan ditanya sewaktu temuduga nanti.

Tidak dinafikan, sebenarnya soalan yang bakal ditanya merupakan soalan yang sama untuk hampir kesemua pekerjaan.

Sekiranya anda perasan dan dah membuat persediaan, peluang anda untuk berjaya dalam satu sesi temuduga itu sangatlah tinggi.

Terdapat 50 senarai soalan yang sering ditanya dalam sesi temu duga:

  • Apakah kekuatan dan kelebihan anda?
  • Apakah kelemahan anda?
  • Mengapakah anda berminat untuk bekerja dnegan syarikat ini?
  • Apakah yang anda boleh nampak dalam diri anda dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang?
  • Apakah sebab anda ingin tinggalkan pekerjaan anda sekarang?
  • Mengapakah ada jurang masa diantara pekerjaan anda sebelum ini?
  • Apakah yang anda boleh tawarkan kepada kami yang orang lain tak ada?
  • Apakah 3 perkara yang majikan lama anda ingin anda perbaiki untuk diri anda?
  • Adakah anda sanggup untuk tukar tempat kerja?
  • Adakah anda sanggup untuktravel ke tempat kerja baru?
  • Kongsikan apa pencapaian yang paling membanggakan anda.
  • Beritahu penemuramah tentang kesalahan yang anda pernah lakukan.
  • Apakah kerja impian anda?
  • Bagaimanakah anda tahu tentang jawatan yang ditawarkan ini?
  • Apakah fokus anda untuk 3 bulan pertama anda bekerja disini?
  • Ceritakan sedikit tentang resume anda.
  • Kongsikan tentang latar belakang pengajian anda.
  • Ceritakan tentang diri anda.
  • Beritahu penemurapenemuramah bagaimanakah anda selesaikan sesuatu masalah.
  • Kenapa perlu penemuramah ambil anda bekerja?

 

Mengapakah anda mencari kerja baru?

  • Adakah anda boleh bekerja pada hujung minggu dan hari cuti?
  • Bagaimanakah anda akan layan pelanggan yang sedang marah?
  • Apakah jangkaan gaji anda?
  • Berikan jangka masa sekiranya anda diberikan tugas untuk sesuatu projek.
  • Siapakah pesaing syarikat ini?
  • Apakah kegagalan anda yang paling besar?
  • Apakah yang akan memberi anda semangat dan motivasi?
  • Apakah kekuatan anda?
  • Siapakah mentor anda?
  • Ceritakan bagaimana sekiranya anda tidak bersetuju dengan bos anda.
  • Bagaimanalah cara anda mengendalikan tekanan?
  • Siapakah nama CEO syarikat ini?
  • Apakah matlamat kareer anda?
  • Apa yang anda fikir di waktu pagi?
  • Apakah pendapat majikan lama mengatakan tentang anda?
  • Apakah kelebihan dan kelemahan majikan anda?
  • Apakah kelemahan yang sepatutnya anda perbaiki?
  • Adakah anda seorang ketua atau hanya pengikut?
  • Apakah buku terkahir yang anda baca?
  • Adakah anda mempunyai rakan kerja yang anda tidak suka?
  • Apakah hobi anda?
  • Apakah website kegemaran anda?
  • Apa yang membuatkan anda rasa tak selesa?
  • Adakah anda ada pengalaman tentang leadership?
  • Bagaimanakah cara anda memecat seseorang?
  • Apa yang anda paling suka dan kurang gemar bekerja dalam industri ini?
  • Sanggupkah anda bekerja 40+ jam seminggu?
  • Apakah soalan yang saya tak tanyakan kepada anda lagi?
  • Adakah anda mempunyai apa apa soalan?

Ada yang mengatakan bahawa penemuduga tahu sama ada calon tersebut sudah bersedia ataupun tidak untuk sesi temuduga tersebut.

Cubalah berlatih menjawab soalan-soalan tersebut dihadapan cermin ataupun bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Minta mereka memberi respon tentang jawapan yang anda berikan dan bantu apa yang boleh.

Berlatih ialah kunci untuk kejayaan. Semakin anda berasa selesa menjawab begitu, semakin mudah dan bersedialah anda untuk menjawab apa-apa soalan sekalipun.

Leavy-Detrick juga ada mengatakan bahawa anda juga perlu menyediakan beberapa cerita ringkas yang boleh anda kaitkan dengan kelebihan dan kekuatan anda, contohnya bagaimana anda boleh selesaikan sesuatu masalah dalam apa-apa situasi.

Semoga perkongsian soalan yang sering ditanya semasa temuduga ini membuatkan anda lebih bersedia untuk menghadapi temuduga.