5 Tips Yang Korang Kena ‘Follow’ Kalau Nak Nampak ‘Confident’!

Pernah tak korang semua alami perasaan yang tak tahu nak pakai baju ape untuk pergi kerja?

Bila bangun pagi je perkara pertama yang korang akan buat mesti pergi dekat almari baju dan termenung pikir baju apa yang sesuai untuk ke tempat kerja.

Paling merunsingkan bila korang dah terlambat bangun dari tidur dan pada masa yang sama tak tahu baju apa nak pakai, dan siap nak kena iron baju lagi. Memang tak sempat dan malas kan!

Tapi korang kena tahu yang penampilan diri mempengaruhi pandangan orang lain terhadap diri korang tu.

Salah satu sebab lain adalah, personaliti korang juga membawa imej syarikat yang korang bekerja.

Bukan lah kata nak suruh korang semua dress up teruk-teruk dari ‘head-to-toe’ tapi biarlah nampak kemas dan ada gaya sikit.
  
Jom lihat lima tips pemakaian yang korang boleh cuba untuk nampak sentiasa ‘confident’ je bila pergi kerja.

1. Pilih Saiz Baju Yang Sesuai

Setiap syarikat akan ada ‘dress code’ yang tersendiri seperti formal ataupun kasual.

Kalau korang kerja di syarikat yang mempunyai baju korporat yang tersendiri seperti hospital, bank dan sebagainya dan tentu tak payah pening dengan baju apa yang nak pakai.

Tapi pastikan korang memilih saiz baju yang bersesuaian dengan korang.

Baju mesti tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat sebab korang akan nampak sangat ‘messy’ kalau pakaian korang tu tak sesuai dengan bentuk badan.

2. Kemaskan Rambut Dan Tudung

Bagi korang yang freehair dan berambut panjang, pastikan rambut korang diikat dengan kemas atau buat sanggul. 

Ini kerana kalau korang lepaskan rambut korang, takut nanti lepas waktu makan tengah hari je semua lari bila nampak korang sebab rambut dah macam Hantu Kak Limah.

Sama juga untuk yang pakai tudung, korang pastikan tudung tu bergosok dan dipakai dengan kemas.

Jangan sampai ada rambut yang keluar ikut celah-celah tudung pulak tau!

3. Bergaya Biar Berpada

Ada sesetengah individu yang suka memakai aksesori kemana je pergi termasuk ke tempat kerja.

Tak salah pun kalau nak berhias macam tu, cuma jangan berlebihan sampai pakai rantai besar-besar macam rantai basikal!

Cukuplah kalau korang pakai jam tangan untuk nampak professional dan gelang yang kecil.

4. Pakai Seluar Yang Sesuai

Sekarang ni dah jadi trend kaum wanita yang bertudung mahupun tak bertudung suka pakai seluar yang singkat.

Bagi yang tak bertudung tu okay lah tapi kalau yang bertudung mungkin korang akan membuatkan orang pandang serong.

Tambah pula kalau keluar jumpa dengan ‘client’, takut nanti mereka akan menganggap korang ni selekeh.

5. Warna Jangan Terlalu Terang

Tak dinafikan, memilih warna yang lebih terang menunjukkan yang korang ni lebih berani kedepan.

Tapi jangan pula terlalu terang sampaikan ada yang sakit mata bile tengok korang berjalan.

Untuk mengelakkan menjadi perhatian semua orang, sebaiknya korang memilih pakaian yang berwarna gelap atau earth tones.

Sebenarnya tak susah pun untuk kelihatan kemas dan ‘confident’ ke tempat kerja, dan tak menganbil masa yang lama pun untuk bersiap kalau korang tahu apa yang korang patut pakai.

Jadi lepas ni dah tak payah nak tenung lama-lama depan almari baju sebab korang dah tau apa nak pakai pergi kerja kan!

Sumber: OhHangat.com.my