5 Teknik Penting Untuk Berfikiran Kritikal dan Logik

Pemikiran kritikal adalah seni memproses maklumat untuk mencapai keputusan yang tidak bias dan logik, lalu menghasilkan pemikiran dan tindakan yang lebih baik. Ilmu intelektual pemikiran kritis sudah lama wujud sejak 2500 tahun yang lalu. Ini terbukti melalui pembelajaran kritikal dan visi Socrates, setelah menyedari bahawa orang tidak dapat membuat justifikasi yang rasional terhadap keyakinan pengetahuan mereka.

Kaedah persoaalannya dikenali sebagai “Socratic Questioning” dan merupakan strategi pembelajaran pemikiran kritis yang paling terkenal. Stratergi ini turut diikuti oleh ahli falsafah yang lain seperti Plato, Aristotles, Newton dan golongan skeptis Yunani yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Kaedah ini menggunakan ‘6 why’ (mengapa) yang dipecahkan mengikut aspek-aspek tertentu iaitu

  • Menjelaskan pemikiran dibuat
  • Mencabar andaian yang dibuat
  • Memberi bukti atau sokongan
  • Mencari sudut pandangan alternatif
  • Meneroka implikasi dan akibatnya
  • Menyoal soalan tersebut

6 cara penyoalan ini merangkumi aspek aspek pemikirian kritikal yang boleh dibahagi ke 5 teknik kategori. Sebaik sahaja anda mempelajari 5 teknik yang diinspirasikan oleh “Socrates Quetioning” dan mula menggunakannya dalam kehidupan seharian, anda akan dapat melihat perubahan pada cara anda memproses dan menyelesaikan.

 

1. Pemikiran Analitikal

Pemikiran analitik adalah pengumpulan dan pemecahan maklumat menjadi pecahan kecil untuk membantu memahami hal itu:

  • Jelaskan mengapa anda memerlukan maklumat tersebut. Ini untuk mengetahui batasan anda dan menggunakan pandangan jauh untuk mengatasinya.
  • Kumpulkan maklumat dari seberapa banyak sumber yang ada: rakan sebaya dan pakar, podcast, buku yang relevan dan bahan-bahan lain yang boleh difikirkan.
  • Ulangi soalan berulang kali untuk mendapatkan perspektif yang berbeza mengenai data yang diperolehi.
  • Memecahkan data menjadi subset fakta dan mengaitkan antara masalah-masalah yang dihadapi.
  • Catatkan butiran, coretan, peta minda dan sebagainya. Data yang didapati secara visual dapat membantu anda membuat hubungan untuk memahami corak yang baru.
  • Setelah data dikumpulkan, ruang kerja dan otak anda akan dipenuhi dengan maklumat yang berlebihan. Perubahan persekitaran akan membantu anda melihat maklumat lebih baik dan berpotensi untuk membantu anda mencapai kesimpulan yang lebih jelas.

2. Komunikasi

Komunikasi adalah teknik utama untuk berfikir kritikal kerana memberi anda akses kepada pemikiran orang di sekeliling anda. Data dapat disampaikan melalui audio dan visual. Maklumat yang anda kumpulkan melalui komunikasi sedemikian amat berharga untuk membuat keputusan yang holistik dan tidak berat sebelah.

  • Minta pandangan yang berbeza dan dapatkan justifikasi untuk perkara yang sama. Apabila anda meneliti dalam masalah ini, anda akan dapat meneroka semua pilihan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.
  • Memberi fokus 100% pada perbincangan lisan atau bertulis, anda dapat mendengar / membaca pendapat orang yang terlibat dengan lebih baik.
  • Parafrasa pandangan penutur / penulis dan minta penegasan. Ini membolehkan anda memberi perhatian penuh dan menggunakan input untuk berfikir secara kritis.
  • Dalam sebuah perbincangan, petunjuk komunikasi yang halus dicerminkan dari bahasa gerak badan rakan-rakan yang hadir. Mengerut muka, anggukan kecil, mengetuk pensil dan lain-lain akan memberi anda petunjuk mengenai apa yang sebenarnya mereka fikirkan, sekiranya tindakan mereka tidak selari dengan kata-kata mereka!
  • Pemerhatian aktif, dimana anda menonton dan mendengar dengan teliti dapat membantu anda mengetahui apa yang harus dibuat mengenai maklumat yang disampaikan. Ini memberi anda petunjuk untuk pendapat umum mengenai topik yang dibincangkan dan membuka kemungkinan baru.

 

3. Kreativiti

Pemikiran kritikal adalah ibarat seni, dan ditunjukkan didalam pelbagai gaya. Untuk mendalami cara pemikiran yang kritikal, anda perlu memasukkan elemen-elemen kreativi didalam proses anda

  • Berbincang dengan pasukan anda di tempat yang baru atau secara bayangan dapat membawa anda melangkah keluar dari zon selesa anda. Anda mungkin terkejut dengan idea-idea yang mengalir di taman,kafe, jambatan dan sebagainya.
  • Kumpulkan data dan jadualkannya dalam bentuk graf, grafik yang menarik, dan peta minda yang berwarna-warni. Visual yang terang berupaya membantu minda anda menghubungkan data dengan cara yang berbeza dan menghasilkan kesimpulan yang unik dimana ia mampu memberikan anda fleksibiliti untuk memilih yang terbaik.
  • Luangkan masa dengan aktiviti permainan minda seperti Sudoku atau catur untuk menghargai bagaimana faktor yang berbeza dapat dimanipulasi untuk mencapai hasil yang disukai. Permainan ini membantu membuat hubungan antara saraf yang tidak tersambung sebelumnya, memberi otak anda kekuatan untuk mencari pelbagai jalan untuk menjawab permasalahan.

 

4. Berfikiran terbuka dan luas

Sangat mudah untuk mengatakan anda berfikiran terbuka tetapi adakah fikiran anda benar-benar terbuka? Berfikiran terbuka adalah teknik yang terpenting untuk berfikir kritis. Ia membantu anda menyelesaikan masalah peribadi dan profesional dengan cara yang tidak membuat anda kecewa atau mengasingkan pihak lain.

  • Bersikap jujurtentang kekuatan dan kelemahan anda, dan bagaimana perkara ini akan mempengaruhi perkara yang anda hadapi.
  • Dengarkan pendapat yang bertentangan dengan pendapat anda sendiri tanpa membuat respons sebelum pendapat itu disuarakan sepenuhnya.
  • Akui bahawa mungkin ada lebih dari satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan mungkin betul dalam cara yang lain.
  • Pertimbangkan perasaan sebenar anda ketika anda melaksanakan perubahan yang diperlukan.
  • Abaikan kepercayaan dan andaian anda yang lama
  • Bayangkan faktor membuat keputusan diletakkan pada timbangan. Adakah ia seimbang?

5. Penyelesaian Masalah

Pemikiran kritikal sangat bergantung kepada cara penyelesaian masalah. Pemikir kritikal yang baik akan menjadikan cara penyelesaian masalah mereka dengan berpandangan jauh agar dapat menjangkakan sekatan atau halangan dan hasil yang negatif. Ditambah pula dengan pengalaman untuk menyelesaikannya dengan cepat dan betul.

Antara salah satu kaedah menyelesaikan masalah yang efektif digunakan oleh Sakichi Toyoda, pengasas Toyota motors, adalah dengan membuat ‘analisis mengapa’. Mulakan dengan masalah yang dihadapi dan bertanya sehingga anda mendapat mengenali punca masalah tersebut.

Mulakan dengan menyenaraikan masalah dan tuliskan mengapa di hadapannya. Titik seterusnya dalam senarai harus menjadi jawapan kepada  persoalan yang sebelumnya. Terus menjawab soalan yang diajukan di atas diikuti oleh mengapa sehingga anda mengajukan soalan sebanyak 5 kali dan menjawabnya enam kali. 99% jawapan terakhir akan menjadi punca masalah yang dinyatakan dalam perkara pertama, contoh nya

  1. Kenderaan tidak akan bermula. Kenapa?
  2. Bateri mati. Kenapa?
  3. Alternator tidak berfungsi. Kenapa?
  4. Tali sawat alternator telah pecah. Kenapa?
  5. Lapuk dan usang. Kenapa?
  6. Kereta tidak diselenggara mengikut cadangan pengilang.

Dengan mencari punca dari bawah hingga ke akar nya, ia akan menyenangkan lagi cara mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang sedia ada.

 

Kesemua 5 teknik yang disebut adalah penting untuk pemikiran kritikal yang efektif. Apabila anda menggunakan teknik ini, ia  akan menjadi tabiat yang baik serta anda akan menjadi lebih peka dan berupaya menjangkakan sesuatu masalah yang berada di dalam tangan anda.

 

Sumber: Lifehack, Critical Thinking