Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dinaik taraf kepada status universiti penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT). Dalam pengumuman pada 12 April 2022, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC, berkata pencapaian itu adalah kemuncak kepada kerja keras dan rekod prestasi cemerlang institusi itu.