Sekolah dibuka mulai 15 Julai

KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, serta murid Tahun 5 dan 6, akan bermula bersekolah pada 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah pula boleh mula ke sekolah pada 22 Julai ini.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Hari ini ialah hari pertama untuk kelas prasekolah Kementerian Pendidikan dan TADIKA atau TASKA.