PELUANG PELEPASAN CUKAI-PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan, setiap majikan atau syarikat yang memiliki perniagaan berdaftar merebut peluang pelepasan cukai tanpa had bagi tahun berakhir 2019 ini, sebagaimana yang diumumkan ketika Belanjawan 2019 yang lalu.

Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop, berkata, pelepasan cukai itu boleh diperoleh menerusi bantuan PTPTN oleh majikan kepada kakitangan sepenuh masa yang akan tamat pada 31 Disember ini. Katanya, bantuan itu dirujuk sebagai hadiah atau sumbangan majikan kepada kakitangan yang layak menerimanya tanpa melibatkan gaji kakitangan.

Majikan yang ingin membuat bayaran balik kakitangannya boleh melayari laman portal PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my.