Pelajar Malaysia Mencapai Markah Tertinggi Dalam Ujian Kimia IGCSE’ Mengalahkan 1 Juta Pelajar Lain Di Seluruh Dunia

Seorang pelajar Malaysia, Cheryl Chow Shu Wei berumur 17 dari Beaconhouse Sri Inai International School, menerima anugerah ‘Top In The World’ (Terbaik Di Dunia) untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dalam mata pelajaran Kimia.

Cheryl Chow mengalahkan hampir 1 juta pelajar lain dari seluruh dunia untuk memperoleh anugerah berprestij dari Cambridge Assessment International Education semasa Anugerah Pelajar Luar Biasa Cambridge baru-baru ini.

Setiap tahun, lebih dari 1 juta pelajar dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam peperiksaan berasaskan Cambridge International, dengan program IGCSE Cambridge yang mewakili penyedia kelayakan antarabangsa terbesar di dunia diajar di hampir 2,000 sekolah di lebih dari 50 negara.

Cheryl Chow bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran sains, malah beliau juga telah menangi pelbagai pertandingan di skala nasional serta antarabangsa sejak di bangku sekolah lagi, di bawah adalah antara pencapaian yang dimenangi oleh Cheryl;

  • Peserta terbaik Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019
  • Tempat pertama dalam Kangaroo Math Competition 2019
  • Pencapaian tertinggi dalam pertandingan Matematik Universiti St Andrews. 2019
  • Finalis pertandingan menulis Asia-Pasifik New York Times 2019
  • Juara dalam pertandingan karangan The Queen’s Commonwealth pada tahun 2019 dan 2020.

Tahniah diucapkan kepada adik Cheryl Chow atas kejayaan beliau! Semoga beliau dapat mengharumkan nama negara dengan kemahirannya dan mencapai impian beliau di masa akan datang!

Sumber: Schooladvisor.my