Pavit Cohan Membawa Pulang Piala Johan di Dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa

Pavit Cohan seorang pelajar dari Multimedia Universiti berumur 19 tahun mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) meraih gelaran juara di pertandingan pidato antarabangsa English Speaking Union (ESU) 2021 yang di jalankan secara atas talian pada 14 Mei 2021.

Beliau mencuba untuk menyertai English Speaking Union of Malaysia (ESUM)-Taylor’s Public Speaking Competition pada April lalu yang dibuka kepada rakyat Malaysia. Beliau berjaya mengalahkan 9 orang perserta dan dinobatkan sebagai juara nasional serta memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM2000.

Sumber gambar: Bernama

Mara ke peringkat nasional, Pavit menumpaskan 35 peserta dari 33 buah negara diperingkat akhir pertandingan antarabangsa tahunan ESU. Dalam pembentangan beliau di dalam 5 minit, Pavit membahaskan tentang peningkatan kadar kemurungan mental di seluruh dunia dan mendesak penonton dan pihak kerajaan untuk bersimpati dengan isu ini.

Pavit turut mengatakan walaupun beliau tidak dapat bertanding secara berhadapan di London, beliau merasakan peluang berbahas secara atas talian ini memeberi pengalaman baru. Dengan berada di rumah sahaja, beliau dapat mendengar pelbagai tafsiran tema yang sama dari semua peserta lain yang berasal dari negara-negara lain.

Ini adalah kali kedua Malaysia telah memenangi gelaran ‘Best Speaker’ di ESU International Public Speaking Competition tahunan selepas Marina Tan pada tahun 2011.

Sumber: Bernama