Irdina Shahriman dikurniakan Anugerah Tertinggi di Virginia Tech, Amerika Syarikat di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrikal

Irdina Shahriman akhirnya berjaya menyambar peluang menerima pingat Phi Kappa Phi di Virginia Tech walaupun pada pada mulanya ditakut-takutkan dengan sistem pendidikan tinggi asing, dan kekurangan perwakilan wanita dalam kursus pengajiannya. Beliau merupakan seorang mahasiswi di INTEC sehingga tahun 2018 sebelum beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal di Amerika dan major di dalam tenaga dan kuasa sistem elektronik

Pencapaian tersebut didapati setelah beliau menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar. Ia juga menyaksikan pelajar berusia 24 tahun tersebut, bukan sahaja mendapat CGPA 4.0 malah menerima pingat Phi Kappa Phi– satu anugerah yang dikurniakan kepada graduan senior dengan kedudukan akademik tertinggi. Mengimbas kembali perjalanannya, Irdina yang menamatkan pengajian pada Disember tahun lalu, berkata kerana tabah dan percaya pada dirinya telah membantunya mengatasi ketakutannya untuk mencuba dan membuat kesilapan.

“Saya bukan seorang ‘genius’ secara semula jadi, jadi saya bekerja keras. Saya tidak ponteng kelas, saya mengambil nota dengan tekun, dan yang lebih penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya, yang benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang perkara itu,” katanya kepada StarEdu.

“Hayati proses pembelajaran; itulah yang paling penting,” tegasnya sambil menambah, “Sentiasa tetapkan niat anda dan terjemahkannya ke dalam tindakan.” Perasaan akauntabiliti dan ketekunannya dalam melebarkan sempadannya juga yang membolehkannya mengharungi apa yang dipanggilnya “perjalanan bergelora” untuk membiasakan diri dengan sistem pendidikan Amerika.

MyCompass ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Irdina atas kesungguhan dan pencapaian beliau! Sesungguhnya Irdina telah membuktikan berkerja keras dan jantina tidak menjadi penghalang untuk berjaya. Jika anda ingin mengikuti jejak langkah Irdina di dalam bidang Kejuruteraan  Elektronik, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!

Sumber: StarEdu, INTEC