Covid-19: Sabah Akan Melaksanakan PKPDB. Mencatat Jumlah Jangkitan Tertinggi Bagi Rakyat Tempatan

Sebuah persidangan media telah dijalankan pada petang semalam 5.30 1 Oktober 2020 untuk mengkhabarkan rakyat tentang perkembangan terkini Covid-19 (Cov-19) di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Persidangan tersebut diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sebanyak 4 kluster baru telah dilaporkan, menjadikan sebanyak 11 kluster yang mempunyai kes baharu. Buat pada pertama kali, kes jangkitan tempatan yang tinggi melebihi 200 tercatat  sebanyak 259  pada 1 0ktober 2020.

Kes Mengikut Pecahan Negeri Dilaporkan Pada 1 Oktober

  • Kedah: 98 Kes
  • Kuala Lumpur: 13 kes
  • Selangor: 13kes
  • Johor: 5 kes
  • Putrajaya: 5 kes
  • Terengganu: 2 kes
  • Perlis: 2 kes
  • Melaka: 1 kes
  • Pahang: 1 kes
  • Pulau Pinang: 1 kes

KKM juga menjangkakan kebolehjangkitan sebanyak 1121 kes pada hari sebelumnya jika penularan kluster ini tidak dibendung.

Selepas minggu pilihan raya yang berlangsung di Sabah, ramai rakyat Malaysia harus balik mengundi di negeri dibawah bayu demi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat. 1,195 kes positif jangkitan COVID-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020.

Namun disebabkan penularan kes aktif Cov-19 di Sabah semakan merebak, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan-kawasan yang di tahap merah. Perjalanan tidak dibenarkan masuk dan keluar dari kawasn PKPDB bermula tengah malam 3 Oktober hingga 16 Oktober, untuk membendung penyebaran Covid-19.

Kementerian Kesihatan turut mengingati rakyat untuk mengelak 3S/3C iaitu Sesak (Crowded), Sempit (Confine) dan Sembang dalam jarak dekat (Close conversation) dan amalkan 3W iaitu Wash; mencuci tangan dengan air sabun dengan kerap, Wear; memakai pelitup muka di tempat awam dan Warn; mengingati diri akan etika yang wajib dipatuhi seperti bersentuh secara fizikal dan mendapatkan rawatan jika bergejala.

Sumber: FB Ismail Sabri Yaakob , Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gambar: Twitter @KKMPutrajaya.