3 Pingat dan 3 Honourable Mention Dibawa Pulang oleh Pasukan Malaysia di 63rd International Mathemathical Olympiad

Kejayaan cemerlang pasukan Malaysia berjaya mengharumkan nama negara dalam 63rd International Mathemathical Olympiad (IMO) 2022 yang telah diadakan pada 9 hingga 16 Julai 2022 di Oslo, Norway. Pasukan negara yang dianggotai oleh 6 orang peserta telah berjaya merangkul enam (6) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut. Salah seorang wakil negara merupakan seorang (1) murid sekolah menengah iaitu adik Leia Mayssa Binti Masyerin dari Pusat GENIUS@Pintar Negara. Sebelum ini, pasukan Malaysia diwakili oleh peserta lelaki dan adik Leia merupakan peserta perempuan ketiga yang layak mewakili pasukan Malaysia sejak tahun 1995. Secara keseluruhan, pasukan Malaysia telah memenangi 1 pingat emas, 1 pingat perak, 1 pingat gangsa dan 3 Honourable Mention.

Kementerian Pendidikan Malaysi (KPM) telah menyertai pertandingan IMO sejak tahun 1995 bagi memberi peluang murid bersaing dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa dan penyertaan kali ini adalah kali ke-28. Berdasarkan pencapaian dalam IMO pada tahun 2022, Malaysia kini berada di kedudukan ke 44 dalam kalangan 104 negara yang bertanding. IMO merupakan pertandingan matematik antarabangsa terbesar dunia telah mengumpulkan seramai 589 peserta dari 104 buah negara pada tahun ini.

International Mathematical Olympiad (IMO) ialah Pertandingan Matematik Kejohanan Dunia untuk pelajar Sekolah Menengah dan diadakan setiap tahun di negara yang berbeza. IMO pertama telah diadakan pada tahun 1959 di Romania, dengan 7 negara mengambil bahagian. Ia telah berkembang secara beransur-ansur ke lebih 130 negara dari 5 benua. Lembaga IMO memastikan pertandingan itu berlangsung setiap tahun dan setiap negara tuan rumah mematuhi peraturan dan tradisi IMO.

Malaysia telah mengambil bahagian dalam IMO sejak 1995. Sehingga kini, 78 rakyat Malaysia telah mewakili negara di IMO. Program IMO di Malaysia adalah di bawah hak milik KPM yang telah melantik jawatankuasa untuk menjalankan program tersebut di Malaysia. Jawatankuasa IMO Malaysia bertanggungjawab untuk memilih, melatih, dan menguruskan pasukan Malaysia kepada IMO.

Kami dari MyCompass ingin mengucapkan tahniah kepada anak muda kita yang telah beranikan diri menghadiri IMO 2022! Jika anda mengetahui lebih tentang bidang matematik, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!