20 Universiti Tempatan Berjaya Melonjak Kedudukan QS World Ranking 2021

Tahniah kepada universiti-universiti tempatan kita yang berjaya mendaki tangga QS Ranking 2021 yang baru sahaja diumumkan pada 11 Jun 2021. Sebilangan besar universiti kita menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kedudukan mereka dari tahun sebelumnya membuktikan kualiti pendidikan negara kita semakin maju!

Di Malaysia, sebanyak 20 universiti telah berjaya melonjak kedudukan mereka dibandingkan dengan kedudukan tahun lepas.  Universiti Malaya (UM) melonjak ke kedudukan ke-59 di dunia dengan markah 94.5% dan mencatat kedudukan tertinggi yang pernah ada. UM juga berjaya mendapat kedudukan ke-9 dalam peringkat Asia. Mungkin di dalam beberapa tahun akan datang, UM akan berjaya dalam senarai 50 universiti terbaik di dunia!

Di antara universiti awam, Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengalami lonjakan terbesar dari kedudukan 482 hingga 439, diekori oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 217 hingga 187. Kini sebanyak 18 universiti tempatan kita berada di dalam kedudukan 200 tertinggi di dunia.

Prestasi terbaik di antara universiti swasta adalah Taylor’s University pada kedudukan ke-397 berjaya naik dari kumpulan 511-520 dalam kedudukan tahun lalu diikuti dengan UCSI, sebuah universiti swasta di Malaysia pada kedudukan ke-391 dari ke-442. Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) masih mengekalkan kedudukan tertinggi antara universiti swasta sejak 2019 di kumpulan 351-400.

Berikut adalah senarai 10 universiti yang berjaya menaiki tangga kedudukan dalam QS Ranking

Universiti QS 2020 QS 2021
Universiti Malaya (UM) 70 59
Universiti Putra Malaysia (UPM) 159 132
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 160 141
Universiti Sains Malaysia (USM) 165 142
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 187 217
Taylor’s University 217 379
UCSI University 442 391
Universiti Teknologi Petronas (UTP) 482 439
Universiti Utara Malasia (UUM) 531-540 591-600

Sumber: topuniversities