Vaksinasikan Diri Anda! Cara-cara Menyediakan Diri Anda Sebelum di Cucuk

Luis Alvarez/Getty Images

Sudahkah anda mendapatkan suntikan vaksinasi anda? Setelah memerhati proses vaksinasi Astra Zaneca yang dibuka kepada rakyat Selangor, beberapa langkah boleh diambil untuk menyediakan diri sebelum divaksinasi!

Dapatkan tidur dan rehat secukupnya

See the source image

Sebelum anda mula beratur untuk giliran anda, pastikan anda sudah makan sebelum divaksinasi. Pastinya anda hendak berasa bertenaga dan dapat pulang ke rumah dengan selamat selepas dicucuk. Pilih makanan yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan, bukanlah dengan memakan makanan ringan atau jajan. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya 2 hari sebelum dan pada hari yang akan divaksinasi!

Jangan pergi dengan perut yang kosong

Sebelum anda mula beratur untuk giliran anda, pastikan anda sudah makan sebelum divaksinasi. Pastinya anda hendak berasa bertenaga dan dapat pulang ke rumah dengan selamat selepas dicucuk. Pilih makanan yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan, bukanlah dengan memakan makanan ringan atau jajan. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya 2 hari sebelum dan pada hari yang akan divaksinasi!

Memastikan penyakit dan alahan yang sedia ada

Jika anda mempunyai sebarang penyakit yang berkait dengan jantung atau imun sistem, pastikan anda merujuk kepada doktor dahulu. Jika anda mempunyai alahan kepada sebarang jenis ubat seperti antibiotik atau ibuprofen, maklumkan alahan kepada pegawai kesihatan terdahulu.

Membawa pen sendiri!

Sebelum anda di cucuk, anda harus sainkan borang persetujuan vaksinasi. Pihak KKM tidak akan meminjamkan pen untuk mengurangkan sentuhan fizikal yang berkemungkinan mempunyai kesan-kesan cov-19. Jadi pastikan anda membawa pena sendiri!

Memakai Pakaian Yang Menyenangkan

Covid-19 or coronavirus vaccine doctor holding syringe and using cotton before making injection to the patient in the medical mask. Premium Photo

Untuk mempercepatkan proses vaksinasi anda, pakailah pakaian yang selesa dan menyenangkan kepada diri anda sendiri dan pegawai kesihatan tersebut. Memakai t-shirt lebih senang untuk menyelak lengan baju untuk dicucuk. Jika anda tidak berasa selesa dengan memakai tshirt sahaja, pakailah jaket di luar dan membukanya sebelum dicucuk di dalam ruangan tertutup/bilik kesihatan.

Memberitahu keluarga atau kenalan

Amat penting untuk memberitahu orang yang dipercayai tentang keadaan dan lokasi anda terutama jika anda ke pusat vaksinasi seorang. Jika anda tinggal berseorangan, pastikan memberitahu ahli keluarga atau kenalan rapat sebelum dan selepas anda pulang dari vaksinasi jika terdapat kecemasan seperti alahan atau kesakitan yang memudaratkan.

Makan ubat untuk meredakan kesakitan

Kebanyakan rakyat memberitahu yang mereka berasa lemah, lesu selepas dicucuk. Ada juga yang mula sakit sendi, otot dan demam selepas 12 jam vaksinasi dicucuk kedalam badan. Rakyat disyorkan untuk mengambil paracetamol seperti Panadol untu meredakan kesan sampingan. Gejala-gejala ini akan berkekalan selama sehari atau dua dan akan berkurangan setelah masuk hari ketiga. Jika anda masih merasakan sakit kepala, pembekuan darah atau demam tidak berkurangan pada hari ketiga, sila berjumpa doktor dengan segera.

Merancang perjalanan anda

Pastikan anda tiba sebelum slot masa yang diberikan. Jika anda ingin memandu ke pusat vaksinasi, membuat sedikit penyelidikan untuk memarkir kereta atau jika anda ingin mengambil pengangkutan awam, pastikan anda mengkaji waktu perlepasan dan pengangkutan mana yang lebih efektif untuk tiba supaya dapat menyelamatkan masa anda. Anda juga boleh menempah ‘Grab driver’ untuk memandu anda kesana dan kembali.

Jika anda mahu divaksinasi, anda boleh mendaftar sesi vaksinasi anda di aplikasi MySejahtera. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka yang sudah mendaftar vaksinasi dan tahniah kepada mereka yang berjaya vaksinasikan diri anda! Marilah kita bersama bersama menguatkan ‘herd immunity’ iaitu immuniti kawanan supaya kita dapat memutuskan rantai penularan cov-19! #KitaJagaKita