Vaksin COVID-19 Dijangkakan Sedia Selepas Pertengahan 2021 Nanti


Usaha untuk mendapatkan vaksin bagi virus Corona (Cov-19) masih terus diusahakan oleh para saintis dari setiap sudut dunia. Pada 6 Oktober 2020 angka kematian disebabkan COV-19 melangkau sejuta orang.

Malaysia kini mencatat 3 angka kes harian yang semakin naik, lebih menakutkan dari waktu permulaan Cov-19 tiba di negara kita. Di Amerika Syarikat pula, angka harian sudah pun melangkau 50 ribu kes sehari, lebih daripada 7,529,300 orang di Amerika Syarikat telah dijangkiti Cov-19 dan sekurang-kurangnya 210,700 telah mati mendesak untuk mendapatkan vaksin Cov-19 dengan segera. Selagi kita tidak mempunyai vaksin demi mengurangkan kejangkitan Cov-19, pakar kesihatan awam menasihati orang awam supaya berhati-hati dan mematuhi langkah pencegahan  untuk masa yang akan datang.

This image has an empty alt attribute; its file name is https___specials-1200x675.jpg
Pfizer sudah memulakan fasa ke-3; percubaan vaksin kepada manusia

Terdapat lebih dari 150 vaksin dalam pelbagai tahap pembangunan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hasil percubaan klinikal ke atas orang oleh Pfizer di fasa 3 dijangkakan siap pada awal bulan Oktober, sementara banyak lagi pembuat vaksin mengharapkan vaksin yang dihasilkan oleh mereka selamat untuk digunakan selewatnya pada akhir tahun ini.

Untuk benar-benar berkesan, vaksin COVID-19 perlu mempunyai kadar kejayaan 50 peratus, baik dengan mencegah jangkitan atau mengurangkan keparahan penyakit. Ia juga perlu mempunyai liputan 60 atau 70 peratus di kalangan penduduk.

Malaysia mengumumkan pada 19 September bahawa ia akan bergabung dengan COVAX, dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa Malaysia akan berunding secara dua hala dengan negara lain untuk mendapatkan vaksin.

This image has an empty alt attribute; its file name is dr-jacquline-lo-1200x667.jpg
Dr Ying-Ru Jacqueline Lo di persidangan Bernama

WHO mengatakan kumpulan pertama yang akan diberi vaksin adalah pekerja kesihatan, dan kumpulan berisiko tinggi seperti orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan. Bagaimanapun, wakil WHO ke Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Ying-Ru Jacqueline Lo mengingatkan orang ramai agar tidak mengharapkan vaksin seawal pertengahan 2021.

Seluruh proses menyiapkan vaksin yang selamat untuk digunakan biasanya memakan masa antara 10 dan 15 tahun, tetapi untuk COVID-19, proses ini telah dimampatkan menjadi sekitar dua tahun. Namun, persetujuan tidak bermaksud ketersediaan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit AS, setelah para pakar menganggap vaksin berkesan dan selamat, ia masuk ke fasa pembuatan dan kawalan kualiti sebelum ia diberi kepada orang ramai seluruh dunia.

Sumber: Bernama.comNYtimes.com