Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat

Busy manager with glass of water and lunch

Elakkan bersikap ambik ringan terhadap pemakanan anda. Makanan yang anda ambil, amalan pemakanan anda dan diet yang anda amalkan merupakan sudut penting yang mempengaruhi kesihatan tubuh fizikal dan juga mental anda. Makanan yang anda ambil akan memberikan anda kesan yang baik atau sebaliknya memudaratkan kesihatan anda.

Masalah kesihatan mental menunjukkan peningkatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan yang lepas. Kegagalan individu mengawal diri mereka menyebabkan mereka menghadapi gangguan mental.

Kegagalan menangani kesihatan mental atau sering mengalami gangguan mental mendedahkan individu kepada penyakit mental lebih serius seperti kemurungan, kerisauan melampau, bipolar dan skizofrenia. Keadaan ini menyebabkan timbulnya masalah kesihatan fizikal dan menjejaskan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

Cara mudah urus kesihatan dengan ‘Konsep 3J’

1. Jaga pemakanan, jangan berlebihan

 

-Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi SAW:“Jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.” (Hadis Riwayat Bukhari) Disiplin pengambilan makanan ini mampu mengawal tubuh daripada diserang penyakit. Pastikan tiga ruang untuk tiga benda dalam tubuh diisi dengan seimbang iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lagi untuk makanan.

2. Jaga emosi, sentiasa optimis

-Rasulullah SAW turut menasihati, ‘marah’ tidak boleh diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Perasaan marah boleh menyebabkan kesihatan terjejas. Tidak putus asa, bersabar, tidak iri hati dan menjadi seorang yang pemaaf merupakan penawar paling baik kepada masalah dalaman manusia. Manusia yang sentiasa positif mampu mengekal tahap kesihatan yang baik dan sempurna

3. Jaga kesejahteraan diri di pejabat

-Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye yang juga penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) ada menyuarakan tentang kepentingan menangani isu stres di tempat kerja. Atasi masalah dengan cara mencari rakan sekerja yang boleh berkongsi pandangan dan cerita. Anda juga boleh bertemu dan bersemuka dengan ketua, luahkan apa yang membelenggu diri secara profesional. Paling penting, elak perkara negatif dan ‘buang’ masalah peribadi di tempat kerja. Jika anda mengalami tanda-tanda kemurungan atau stres terlampau di pejabat, pastikan berjumpa dengan kaunselor!

Sumber: www.sinarharian.com.my