Tips Simpan Makanan Anda Paling Efektif

Makan adalah salah satu keperluan dan nikmat hidup. Makanan adalah penting untuk kehidupan kerana ia membekalkan tenaga untuk menjalankan fungsi badan dan bahan binaan untuk membesar dan membaiki tisu badan.. Tanpa makanan, seseorang hanya mampu bertahan untuk hidup selama beberapa minggu. Disebabkan itu, penting untuk kita menjaga pemakanan kita untuk kekal sihat.

Memakan bahan makanan yang segar juga dapat mengelakkan dari keracunan makanan. Bakteria yang menyebabkan keracunan makanan membiak paling cepat antara 4 dan 60°C. Disebabkan itu, antara cara penyimpanan makanan kebanyakannya disimpan di dalam peti sejuk. Makanan yang dibekukan boleh bertahan jauh lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Namun sebegitu, pembekuan tidak memusnahkan kuman berbahaya, tetapi ia hanya memastikan makanan disimpan dengan selamat sehingga anda memasaknya. Antara faktor lain kerosakan makanan adalah cahaya dan haba. Setiap jenis makanan memerlukan cara yang berbeza untuk disimpankan, sama ada sebelum atau setelah digunakan. Berikut adalah tip-tip untuk menyimpan pelbagai bahan masakan yang biasa terdapat di dapur kita.

 

Pisang

Simpan di kaunter sehingga ia mula bertukar menjadi coklat — tidak lebih daripada beberapa hari. Jika anda meletakkannya di dalam peti sejuk, ia akan menjadi hitam dalam masa satu atau dua hari. Kulit juga akan menjadi hitam jika anda memasukkannya ke dalam peti sejuk, tetapi buah di dalamnya akan selamat untuk dimakan. Untuk menyimpannya lebih lama, kupasnya, celupkannya dalam jus lemon (untuk mengekalkan warna dan tekstur), dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Mereka akan baik selama sebulan atau lebih.

 

Tomato

Memang benar bahawa mereka lebih mudah rosak di kaunter, tetapi ia adalah cara terbaik untuk mematangkannya. Mereka akan bertahan lebih lama di dalam peti sejuk, tetapi Mereka mungkin bertepung atau berbiji. Sebaik sahaja anda memotong tomato, bungkuskan dan simpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan bakteria jahat.

 

Kentang

Simpan di dalam pantri anda atau tempat lain yang dingin dan gelap. Kanji kentang bertukar menjadi gula di dalam peti sejuk, mengakibatkan tekstur dan rasa akan berubah apabila anda memasaknya. Mereka juga akan bercambah lebih cepat apabila mereka sejuk. Jika terdapat pucuk hijau bercambah di atas kentang itu bermakna ia tidak selamat untuk dimakan lagi. Kentang yang dimasak sama ada tumbuk atau sebiji boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga setahun.

 

Roti

Roti lebih baik diletakkan di atas meja kaunter, walaupun roti hanya bertahan 2-4 hari. Udara kering di dalam peti sejuk anda boleh menyebabkannya basi. Jika anda bimbang tentang kulat atau anda ingin menyimpannya untuk jangka masa panjang, simpan di dalam peti beku. Roti sepatutnya bertahan 2 atau 3 bulan jika anda membalutnya dengan baik. Keluarkan beberapa keping yang anda perlukan dan cairkan di kaunter atau gunakan pembakar roti anda jika ia mempunyai tetapan nyahbeku.

 

Keju

Rasa keju paling sedap untuk dimakan ialah pada suhu bilik dan ada keju yang harus dimasak pada suhu tinggi dan dimakan panas-panas untuk dinikmati. Tetapi seperti semua makanan yang diperbuat daripada haiwan atau produk haiwan, ia harus disimpan di dalam peti sejuk. Balut keju dalam kertas atau kertas lilin dahulu dan kemudian bungkus menggunakan plastik untuk hasil terbaik. Keluarkan keju sejam  sebelum anda mahu memakannya.

 

Mentega

Zaman dahulu kebiasaannya mentega diletakkan di meja kaunter untuk memastikan ia sentiasa lembut supaya mudah untuk disapukan ke atas roti. Tetapi peti sejuk adalah tempat simpanan yang terbaik untuk mengelakkan bakteria bercambah. Mentega boleh bertahan selama 1 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk. Keluarkan mentega dan biarkan untuk lembut selama 30 minit sebelum anda hendak digunakan. Anda juga boleh membungkusnya dengan baik dan bekukan selama 6 hingga 9 bulan.

 

Serbuk Kopi

Simpan serbuk kopi jauh dari sinar matahari, cahaya, kelembapan dan angin. Kesegarannya akan mula pudar setelah ia habis dipanggang. Jadi belilah serbuk kopi cukup untuk seminggu atau dua. Simpankan serbuk kopi di dalam bekas yang kedap udara di tempat yang dingin dan gelap. Ada yang mengatakan menyimpan di dalam peti sejuk adalah lebih elok tetapi selagi anda simpan terlindung dari udara luar, itu adalah cara untuk mengelak serbuk kopi tersebut dari rosak.

 

Sos Spagetti

Sebalang Sos Spagetti yang anda beli di pasar raya boleh tinggal di pantri selama 18 bulan atau lebih. Namun setelah dibuka, ia hanya boleh kekal segar di dalam peti sejuk selama kira-kira 4 hari. Adakah anda sering membeli balang besar tetapi hanya menggunakan sebahagian daripadanya? Beli saiz yang lebih kecil supaya anda hanya menggunakan dalam jumlah yang anda perlukan.

 

Minyak Zaitun 

Minyak zaitun kekal segar di dalam pantri selama 3 hingga 6 bulan selepas anda membukanya. Elakkan dari terdedah kepada cahaya dan udara, jadi cuba pastikan ia tertutup dengan baik dan simpan di tempat yang gelap dan dingin. Jangan simpan di dalam peti ais kerana minyak zaitun boleh menjadi kabur (cloudy) atau menjadi pejal. Rasa minyak zaitun paling baik untuk dinikmati antara 18 – 25 °C.

 

Rempah Kering

Ia mungkin kelihatan berguna untuk menyimpannya di kaunter atau di sebelah dapur anda, tetapi sinaran cahaya matahari dan haba daripada memasak boleh merosakkan rasa rempah dengan cepat. Pendedahan kepada udara juga boleh melakukan perkara yang sama. Cari tempat yang dingin, Simpankan rempah di dalam bekas kedap udara dan letakkan di tempat yang jauh dari sinaran cahaya matahari dan terteduh. Rempah boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun sekiranya disimpan dengan betul.

 

Sayur-sayuran

Simpankan di dalam peti sejuk sebaik sahaja anda pulang dari kedai. Potong dan buangkan mana-mana batang atau daun yang lebam. Untuk mengekalkan sayur dari perang atau mudah layu, seperti selasih atau ketumbar, masukkannya ke dalam segelas air dengan batangnya ke bawah dan tutupkan daun dengan beg plastik.

 

Tin Tuna or Salmon

Makanan yang ditinkan biasanya boleh bertahan lebih dari setahun di dalam pantri. Penting untuk anda membaca tarikh luput sebelum anda membukanya. Sebaik sahaja tin dibuka, ia hanya baik untuk satu atau dua hari lagi. Simpan tin yang telah dibuka di dalam peti ais.

 

Daging

Apa jua jenis daging, ia mesti disimpankan di dalam peti sejuk. Daging ayam atau ayam belanda kekal segar dalam masa kira-kira 3 hari. Daging merah akan bertahan 3 hingga 5 hari. Daging deli yang telah dibungkus biasanya boleh bertahan selama beberapa minggu. Sebaik sahaja anda membuka bungkusan, cuba gunakan daging dalam masa 3 hingga 5 hari. Bungkusan yang belum dibuka akan bertahan selama beberapa bulan di dalam peti sejuk.

 

Kini anda sudah tahu bagaimana cara paling baik untuk menyimpankan makanan untuk kekal dengan lebih segar! Menggunakan bahan-bahan yang segar semestinya meningkatkan kualiti dan rasa makanan yang dimasak, lalu terasa lebih lazat. Jika anda meminati bidang masakan dan gemar berada di dapur, terokai dengan lebih lanjut mengenai bidang kulinari dengan mendaftar bersama MyCompass disamping mengenal pasti potensi terbaik anda