Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

Ramai yang mengadu dan memberi alasan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah menyebabkan banyak keluarga yang menghadapi masalah kewangan. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil  tindakan pantas dengan memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat terjejas sepanjang PKP ini oleh kerana wabak Covid-19 yang semakin merebak.

Namun begitu, walaupun pelbagai sudut yang terjejas, dinasihatkan kepada setiap ahli keluarga agar tidak terus lepas pandang untuk membuat pengurusan kewangan keluarga dengan bijak di saat getir ini.

Bagaimana nak urus kewangan dalam saat getir ini?

1. Rancang Belanjawan

Berbelanja secara berhemah merupakan antara perkara terpenting dalam memastikan sistem kewangan keluarga sentiasa berada dalam keadaan stabil.Tidak mengapa jika anda mempunyai kelebihan untuk berbelanja lebih tetapi haruslah berhati-hati agar tidak berlaku sebaliknya.

Oleh hal yang demikian, wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan. Hal ini bagi memastikan kewangan anda mencukupi dan anda tidak boros untuk lain-lain keperluan yang tidak penting. Tambahan pula, musim PKP ini anda digalakkan untuk memberi tumpuan hanya kepada keperluan harian seperti makanan dan minuman seisi keluarga.

2. Tingkatkan Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.

Selain itu, jika anda pakar dalam bidang penulisan,masakan, pembuatan kek atau menjahit anda amat digalakkan untuk gunakan kemahiran anda itu sebagai pendapatan sampingan anda memandangkan pekerjaan tetap anda tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh ini.

3. Nilai Tabungan

Jangan beherti untuk terus tingkatkan nilai tabungan anda. Saya percaya, majoriti setiap individu mempunyai tabungan masing-masing. Walaupun saat ini masing-masing mempunyai kegawatan kewangan, namun jangan ketepikan tabungan anda. Terus menabung seperti biasa walaupun hanya 10% daripada pendapatan bulanan anda atau dalam nilai yang rendah memandangkan pendapatan bulanan anda mempunyai masalah pada tempoh ini.

“Sikit- sikit lama-lama jadi bukit”. Walaupun sedikit, simpanlah secara konsisten. Hasil tabungan anda boleh digunakan ketika anda menghadapi situasi kecemasan.

4. Jana dan Manfaatkan Sumber Semulajadi

Jana dan manfaatkan sumber semulajadi merupakan salah satu kaedah yang terbaik dalam usaha menjimat serta meningkatkan kewangan anda. Jana pendapatan anda daripada sumber semulajadi iaitu anda memperoleh hasil daripada perbelanjaan, tenaga atau usaha anda sendiri. Sebagai contoh, anda menanam sayur-sayuran seperti cili, bayam, serai, dan pelbagai jenis ulaman. Hasil tanaman anda boleh dijual. Selain itu, manfaatkan sumber semulajadi seperti memasak sayur-sayuran, memperbanyakkan lagi tanaman yang sedia ada dan

5. Gaya Hidup Sederhana

Amalkan gaya hidup yang sihat iaitu bersederhana dalam perbelanjaan. Bersederhanalah dalam berbelanja serta elakkan pembaziran. Bukan beerti anda susah tetapi anda hidup senang dan sekadar mencukupi namun tidak mewah. Berbelanja hanya pada keperluan yang penting dan berbelanja pada ala kadar sahaja.

Kurangkan sikap suka memilih untuk makan, berpakaian mewah-mewah serta berpenampilan melebih-lebih.Tambahan pula, sikap beserderhana ini amat digalakkan kerana sebagai salah satu cara kita menghormati mereka yang tidak berkemampuan dari sudut kewangan mahupun fizikal dan lain-lain.

6. Tabung Khas Pendidikan Berterusan.

Jangan terlepas pandang untuk menyediakan tabung khas pendidikan yang berterusan. Tabungan ini buat ibu bapa memastikan pendidikan anak-anak mereka kelak terjamin. Pelbagai pinjaman dan biasiswa disediakan untuk kegunaan pendidikan, namun jangan terlalu bergantung kepada wang pinjaman dan biasiswa kerana kedua-dua tersebut mempunyai syarat khas untuk mendapatkannya. Selain itu, rata-rata yang menggunakan duit tabungan sendiri tanpa pinjaman atau biasiswa akan lebih belajar bersungguh-sungguh kerana untuk mengelakkan rasa

 

 

“Orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal”. Pengurusan dan perancangan adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam kehidupan terutamanya yang berkaitan dengan kewangan ataupun harta. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil.