Tingkatkan Tenaga Dengan 10 Cara

Nak keluar bahaya. Asyik dok dirumah ja, kebosanan yang dah tak boleh bawa bincang?

Maklumlah, sekarang kes COVID-19 kian hari semakin meningkat. Individu amat digalakkan hanya duduk dan bekerja dirumah serta hanya keluar atas urusan yang penting sahaja.

Rasa Lemau Sangat, Tingkatkan Tenaga Dengan 10 Cara

Jadi nak buat macam mana? Betul, kopi ataupun coklat dapat hilangkan semua ini, tapi mesti ada cara lain juga yang membantu meningkatkan tenaga instantly.

1. Tengok Benda Berwarna Merah

 

Contohnya seperti gambar atau sejambak bunga. Pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja anda. Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu anda kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat.

2. Chewing Gum

Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.

3. 15 Minit Nap

Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.

4. Senaman Ringan

Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.

5. Postur Badan

Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding dengan pelajar yang menjaga postur badan dengan tepat.

6. Udara Luar

Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.

7. Tonton Video Lucu

Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.

8. Buka Lampu dan Tingkap

Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.

9. Makan Badam

Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.

10. Kudapan Coklat

Amalan memakan coklat ini bisa merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

Semoga hari-hari anda berjalan dengan baik dan penuh keberkatan. Selamat Beramal!