Tentera Laut Diraja Malaysia Menyambut Ulang Tahun ke-87

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyampaikan salam kepada semua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena ulang tahun ke-87 pasukan tentera laut pada 27 April 2021.

6 pegawai dan 136 anggota dari pelbagai bahagian, unit dan pangkat di sekitar Lembah Klang menyertai perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-87 Peringkat Markas Tentera Laut di KD Sri Gombak.

Sempena hari ulangtahun TLDM, mari kita mengenali lebih tentang wira-wira dan sejarah TLDM

Sejarah Kelahiran TLDM

Bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura, pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947.

Sumber: https://twitter.com/tldm_rasmi/status/411302665801310209

Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.-Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Berasal dari sebuah kapal penyapu periuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM sekarang ini telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM di mana telah memang menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sains dan teknologi.

Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Muzium TLDM

Muzium ini sebelumnya terletak di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak. Kemudian dipindahkan ke Melaka untuk memanfaatkan jumlah pelancong yang lebih banyak, baik dari dalam dan luar negara. Lokasi baru muzium tentera laut dibuka untuk umum pada 28 Oktober 1995.

Muzium dua tingkat ini mempamerkan foto-foto laksamana, pingat kehormatan, pelbagai pangkat dalam tentera laut, evolusi pakaian seragam tentera laut, senjata tentera laut, peralatan komunikasi, simbol navigasi, program latihan. Terdapat dua bahagian untuk muzium ini, bahagian dalaman & luaran. Helikopter adalah ‘highlight’ untuk bahagian dalaman & kapal pertempuran yang paling popular boleh dinaiki di luar. Menggunakan tiket yang sama dengan Samudera Museum untuk berkunjung ke sini

Menolong Negara Jiran Dalam Kesusahan

TLDM turut membantu negara lain pada saat yang genting. Pada 23 April 2021, kapal penyelamat kapal selam TLDM iaitu MV Mega Bakti membantu operasi pencarian kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402 membawa 52 orang kru, yang terputus hubungan dan hilang di perairan utara Pulau Bali pada 21 April 2021.

Tentera Laut Beraksi di Dalam Filem PASKAL

Sebuah filem yang melibatkan diinspirasikan daripada kisah benar melakonkan kejayaan pasukan elit Tentera Laut DiRaja Malaysia dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998 dan kejayaan Paskal merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011. Jika anda ingin melihat bagaiman tentera tentera kita beraksi, filem ini adalah antara salah satu filem yang berkerjasama dengan TLDM bersama dengan pengangkutan perairan TLDM.

Terima kasih kepada wira wira tanah air kita! Mejaga sempadan dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjaga, jadi mari ini kita belajar sediki sebanyak tentang pengorbanan para tentera kita dari TLDM.

Sumber: ROCK Dulu – Dulu, navy.mil.my