Selamat Maju Jaya buat Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 tetapi ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19. Cabaran untuk mengadakan salah satu pertandingan sukan paling berprestij di dunia ketika kebanyakkan negara sedang mengalami penularan wabak amat tinggi. Beberapa atlet telah melihat impian mereka hancur setelah mendapati mereka positif wabak Covid-19 setelah melakukan  ujian di negara asalnya atau semasa tiba di Jepun. Puluhan kes di Jepun meningkat dikaitkan dengan sukan temasya tersebut.

Dengan waktu kurang dari 24 jam lagi sehingga upacara perasmian, penganjur meyakinkan bahawa sukan Olimpik dapat diadakan dengan jayanya menerusi langkah-langkah keselamatan yang diaturkan di premis-premis sukan Olimpik seperti di stadium dan perkampungan atlet. Seramai 11,324 atlet seluruh dunia akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bertanding tanpa sokongan peminat dan penonton untuk memberi semangat akibat mengekang penularan Covid-19. 

Seramai 30 atlet negara kita akan bertanding dalam 10 kategori sukan yang berbeza dan juga 22 atlet paralimpik. Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines diberi penghormatan untuk menerbangkan atlet dan pegawai Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Sempadan Jepun masih ditutup untuk orang asing kerana sekatan COVID-19, jadi hanya atlet dan perwakilan mereka yang dibenarkan memasuki negara itu.

KDYMM Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Jalur Gemilang kepada YB Menteri Belia dan Sukan di Istana Negara pada 6 Julai sebagai tanda simbolik penerimaan bagi pihak kedua-dua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Bendera Malaysia akan dibawa oleh dua pemain badminton kita, Zii Jia dan akan disertai oleh bintang beregu campuran, Goh Liu Ying. Mereka akan berarak di trek stadium Tokyo pada malam 23 Julai sambil membawa Jalur Gemilang bersama kontinjen atlet negara kita. Upacara pembukaan Olimpik akan berlangsung selama empat jam bermula pada pukul 9 malam waktu Malaysia. Di Tokyo, acara akan berlangsung dari jam 8 malam hingga 12 pagi waktu tempatan. 

Olimpik juga telah menambah empat (4) ketegori sukan baru iaitu Surfing, Skateboarding, Sport Climbing, dan Karate menandakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menajalankan acara kesukanan dengan kategori terbanyak di dalam sejarah kesukanan Olimpik.

Menurut catatan Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berharap atlet kebangsaan dapat menunjukkan prestasi terbaik ketika mengharumkan nama Malaysia di arena sukan tertinggi di dunia. Kami ingin mengucapkan selamat bertanding kepada atlet atlet kita dan semoga sampai dan kembali selamat. Mari lah kita bersama bersorak dan menyokong para atlet kita dari rumah bersama dengan menyampaikan mesej mesej yang positive melalui sosial media



Source: Bernama, CNN, FMT, FB Istana Negara