Rezeki Kamu ‘Sempit’, Peruntukan Masa Dengan Amalan Mulia Ini

Isnin merupakan permulaan hari yang sangat berharga buat diri kita semua. Masih tertanya-tanya dan risau akan kewangan yang kian hari kian merosot.

Setiap hari anda penat berusaha macam-macam perkara, tapi semuanya masih tak berhasil. Pelbagai inisiatif sudah ikhtiar tapi hampa yang bertandang.

Anda merasakan seperti macam ada sesuatu yang ‘tersangkut’…

Cuba amalkan tips ini, Inshaallah anda pasti terkejut bila dapat rezeki yang tak disangka-sangka.

1. Sentiasalah Istighfar

Mungkin ada dosa-dosa kita yang lepas penyebab rezeki kita tersekat. Walaupun dah usaha banyak cara, tapi rezeki masih tak kunjung tiba. Setiasalah ingat dekat dia, mintalah pada dia.

Perbanyakan istighfar dan mohon ampun jawapannya.

2. Sedekah

Dalam sebulan, berapa kali kita keluarkan sedekah? Antara kelebihan bersedekah Allah akan permudahkan rezeki untuk mereka.

Jika anda selalu sedekah RM1, cuba gandakan jadi RM5. Kalau selalu keluarkan RM10, gandakan jadi RM50.

Semakin besar anda keluarkan, Inshaallah semakin besar rezeki yang Allah nak bagi. Jadi, jangan takut untuk bersedekah.

3. Bersyukur

Buat apa sahaja pekerjaan, jangan mengeluh walaupun kerja yang kita buat tu susah. Susah macam mana pun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi, selalu bersyukur mulai sekarang.

4. Amalan Surah Al-Waqiah

Surah ni dikenali sebagai “pendatang kekayaan”. Tak salah amalkan sesuatu yang diajar dalam Islam untuk jadi kaya.

Bahkan dalam Al-Quran sendiri ada tunjuk cara untuk jadi kaya. Niatkan dalam hati, kaya bukan untuk kepentingan sendiri, tapi untuk bantu orang lain juga.

Cuba kita bayangkan kalau kita kaya, zakat kita jadi bertambah, ramai yang akan dapat manfaat daripada situ. Peluang pekerjaan juga semakin bertambah. Orang dapat bekerja dengan kita dan bantu perniagaa kita untuk bantu orang lain juga.

Jadi ingatan buat kita semua, perbanyakan berkongsi rezeki dengan orang lain… nescaya Allah perbanyakan rezeki kita.

Jangan kedekut. Selamat Beramal!

Sumber: www.wanita.com