Regangan Badan Membantu Menjaga Kesihatan dalam Jangka Masa Panjang

Melakukan regangan badan secara kerap boleh memberi beberapa manfaat kesihatan. Ramai orang tahu bahawa regangan sebelum aktiviti fizikal adalah penting, tetapi regangan setiap hari tanpa mengira aktiviti fizikal juga penting untuk menjamin keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian tanpa rasa lenguh dan lebih bersemangat

Apabila usia kita kian meningkat, melakukan rutin regangan menjadi lebih penting, walaupun anda kurang aktif. Sendi anda menjadi kurang fleksibel dari semasa ke semasa. Regangan harian akan memberikan manfaat yang baik tetapi biasanya, anda boleh menjangkakan peningkatan berkekalan dalam fleksibiliti jika anda melakukan regangan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.Walaupun regangan telah lama dikaitkan dengan bersenam, regangan setiap hari atau beberapa kali seminggu sebagai aktiviti sendiri boleh meningkatkan kesihatan otot dan sendi.

Jika anda mempunyai masa, cuba lakukan regangan setiap pagi hari dan lakukan regangan ringan selepas duduk dalam kelas atau tempat kerja selang 4 jam untuk menyegarkan badan serta melancarkan aliran darah.

Orang dewasa yang sihat sebaiknya melakukan senaman fleksibiliti seperti regangan, yoga, atau tai chi khusus untuk kumpulan tendon otot utama iaitu leher, bahu, dada, torso, punggung, pinggul, kaki dan buku lali. Untuk hasil yang optimum, anda perlu meluangkan masa selama 60 saat pada setiap senaman regangan. Berikut adalah lima faedah yang ada pada regangan.

Memperbaiki Postur

Otot yang tegang boleh menyebabkan postur yang lemah. Khususnya, otot dada, belakang (kedua-dua bahagian bawah dan atas), dan pinggul boleh menyebabkan postur yang lemah jika ia dalam keaadaan ‘ketat’. Ramai diantara kita menghabiskan sekurang-kurangnya sebahagian daripada hari kita dengan duduk di hadapan komputer atau melihat telefon. Kedudukan yang biasa dengan aktiviti ini (bahu bulat dan kepala ke hadapan) adalah kedudukan postur yang lemah. Kita boleh memperbaiki perkara ini dengan meregangkan pectoralis, trapezius atas, dan otot hamstring.

 

Menambah baik dan menghalang kehilangan julat pergerakan

Apabila usia semakin meningkat, sendi kita kehilangan julat pergerakan. Kita boleh mengatasinya dengan melakukan regangan secara teratur. Walaupun julat pergerakan pada sesetengah sendi adalah terhad, regangan boleh membantu untuk memperbaikinya

 

Mengurangkan sakit belakang

Masalah ini berkait rapat dengan postur. Jika kita mempunyai postur yang lemah di bahagian atas belakang, bahagian bawah belakang cuba mengimbangi beban dan boleh mengakibatkan kesakitan. Jika kita mempunyai otot hamstring yang ketat, bahagian bawah belakang akan mula berasa lenguh dan sakit. Peregangan otot kaki mungkin akan membantu mengurangkan sakit belakang.

 

Regangan boleh membantu mengurangkan kecederaan

Jika anda meregangkan otot secara melampau, ia akan menjadi tegang atau terkoyak. Jika regangan anda berupaya meningkatkan julat pergerakan otot, kemungkinan kecerderaan otot dapat dikurangkan. Regangan sebelum melakukan aktiviti fizikal secara khusus membantu mencegah kecederaan dengan membawa aliran darah ke otot, memanaskannya, dan mengurangkan tegangan mengejut sekali gus dapat mengelakkan otot terkoyak.

 

Regangan boleh mengurangkan kesakitan otot

Jika anda mengalami kesakitan pada otot atau kumpulan otot akibat senaman, regangan boleh membantu melegakan sedikit ketidakselesaan ini. Sering kali, apabila kita tercedera, otot-otot di sekeliling tempat kecederaan menjadi tegang sebagai tindak balas perlindungan. Dengan meregangkan otot-otot yang tegang ini, kesakitan dapat dikurangkan.

Tidak kira umur atau keadaan anda, ada kalanya regangan boleh menjadi perkara yang tidak elok. Sebagai contoh, kecederaan belakang bawah boleh menjadi lebih teruk dengan regangan tertentu yang menyasarkan hamstring dan fleksor pinggul anda.

Jika anda cuba memaksa merengangkan atau menyentak badan anda, anda boleh mencederakan otot, ligamen atau saraf hanya dengan meregangkan. Peregangan tidak sepatutnya menyakitkan. Ketidakselesaan ringan bermakna anda mendapat regangan yang baik. Jika anda berasa sakit, anda harus meredakan atau berhenti.

Juga, ketahui bahawa regangan tidak akan menghalang kecederaan yang berlebihan. Walau bagaimanapun, faedah keseluruhan regangan biasa boleh menjadikan anda lincah dan meminimumkan kecederaan.

Jadi berhati hati lah apabila meregang. Jangan memaksa badan anda, lakukan sedikit demi sedekit, lama lama pasti anda akan merasakan perubahan nanti. Jika anda berminat dengan teknik memulihkan kesakitan badan akibat kesakitan atau dari kecederaan sukan seperti seorang physiotherapist, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda bersama kami!

 

Sumber: Harvard Health, Preferred Physical Theraphy