Realiti Usaha Untuk Keluar Dari Pengangguran Ke Alam Pekerjaan

Di sini aku ingin share sedikit tips di alam pekerjaan dan pengalaman aku sebagai HR. Ramai yang apply jawatan kosong di syarikat tempat aku mencari rezeki ni. Dan sebagai HR, kadang kala aku kasihan dengan nasib pencari kerja di Negara kita ni. 

KELAYAKAN AKADEMIK

Graduan ramai tapi jawatan yang ditawarkan tidak menepati kelayakan dan kadangkala tidak sesuai dengan gaji yang ditawarkan. Ada graduan berkelulusan ijazah, tapi minta kerja warehouse operator. Betapa sukarnya mencari pekerjaan sekarang. Aku faham kerana aku telah mengalaminya. Pernah minta kerani tapi ditolak kerana berkelulusan tinggi. Tapi ada pendapat mengatakan bahawa graduan memilih kerja. Memilihkah mereka jika mereka apply kerja warehouse operator? Memandu uber? Masa menganggur dulu aku pernah fikir aku sanggup buat kerja apa pun asalkan ada income masuk. Apakan daya… asal interview aja reject sebab belajar sampai degree. Pandangan aku sebagai penganggur pada masa itu, sapu aje apa-apa kerja asalkan ada income masuk.

 

ISU PTPTN

Aku faham hutang ptptn kena bayar. Aku pernah tanam anggur lebih 3 tahun. Dalam masa 3 tahun tu agak serabut la jugak sbb memikirkan hutang PTPTN yang semakin bertambah. Aku buat kerja sampingan untuk tampung kos bil telefon aku ni, sedikit simpanan untuk perbelanjaan sendiri. Buat MLM, ambil upah jiran buat kuih, kerja operator pun buat, hahaha. Lepas dapat kerja tetap aku bayar la jugak sikit-sikit walaupun tak cukup jumlah dan tak ikut jadual. Hutang kena bayar okay. Sampai sekarang aku masih bayar PTPTN disebabkan aku lambat dapat kerja.

 

KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

Hah yang di atas dari segi pandangan pencari kerja. Ni dari segi pandangan sebelah majikan pulak. Kelemahan bahasa Inggeris tidak memainkan peranan utama dalam mencari pekerja. Yes, it is an advantage. Akan tetapi, yang paling utama dan yang penting adalah ketulusan semasa temuduga dan kejujuran ketika bekerja. Kalau English tiptop tapi kerja asyik slacking off je baik campak je sijil masuk laut. Pernah dapat subordinate berkelulusan tinggi yang pemalas. Last-last aku pulak yang kena setel kerja dia. Macam mana tu?

 

ADAT HANTAR RESUME

Ada yang hantar resume bermacam-macam ragam. Hantar emel kosong, hantar gambar selfie, yang paling kelakar hantar macam hang dah kerja kat sini pastu bg arahan kat aku pulak. Belum masuk kerja lagi dik. Kuo dah bagi arahan kat aku. Hmmm…….

Lepas tu ada juga bidang berlainan. Kerja logistic tapi minta kerja lab. Sungguh tak sesuai. Bukan apa, sebab deal dengan chemical ni bukan benda senang. Sama macam orang lab, boleh ke mereka pergi ke bidang logistic secara tiba-tiba? Kalau bidang admin ni aku tak pelik sebab orang admin pun ramai bidan terjun juga termasuk la aku betul tak?

 

GAJI

Bab gaji hah.. Ada yang baru grad tapi minta gaji mcm dah experienced professional. Ada yang dah kerja gaji current 3k pastu kat sini mintak 5k. Be realistic lah kalau minta gaji tu.. biasa majikan takkan bagi jauh sangat angka tu, unless majikan tu mmg company besar and jawatan tu memang sepatutnya berharga begitu. Ada kes juga majikan tak mampu nak bayar gaji budak degree… sebab expectation untuk budak degree adalah tinggi. Biasanya area Kuantan ni akan minta 1800 ke 2500. Kebanyakan majikan hanya nak bayar untuk 1400. Kalau boleh rendah lagi. Dari segi pandangan aku.. Budak degree yang dapat kerja bergaji 1400 ni tak akan bekerja lama di sesebuah syarikat  sebab dia tahu dia worth lebih dari itu. Yes.. that’s me.. hihihi… me and my typical thinking.

 

JANTINA: BUKAN DISKRIMINASI

Juga, bagi perempuan… ada sesetengan kerja yang majikan perlukan lelaki yang bekerja bukan perempuan.. “Kenapa? Perempuan pun boleh buat kerja yang lelaki boleh buat! Bias!” Ya.. persoalan ini pernah bermain diminda aku semasa aku desperate mencari kerja. Tapi selepas kerja dalam bidang HR ni baru aku tahu.. Dalam EA 1955 ada mengatakan bahawa sekiranya seseorang perempuan bekerja pada waktu malam majikan harus menyediakan kenderaan, memberi elaun shif malam, serta mendapatkan kelulusan dari Pengarah JTK dan bukan semua syarikat mahu/mampu menanggung semua itu..

 

JANGAN PUTUS ASA

Aku juga hampir putus masa semasa tanam anggur dulu. Malu dengan saudara mara. Yelah. Diaorang gaji dah besar belaka. Asal balik kampung je mesti ada yang tanya dah kerja ke belum. Waktu kenduri kendara, raya, lagilah kencang soalan. Siap kena kecam lagi memilih kerja. Sabar ye kawan-kawan. Jangan malu hantar resume ke mana-mana HR yang anda ada emel.. boleh jadi HR yg anda hantar tu akan forward ke kenalan HR yang lain. HR yang baik hati akan tolong forward emel tersebut dan reccomend kan sekiranya resume anda cantik (macam aku, hihihihi). HR yang normal biasanya akan buat senyap aje. Tapi fikir positif.. mungkin mereka tak cukup masa untuk review emel anda.. yang penting, jangan putus asa..

 

BACKGROUND PENULIS

Penulis merupakan seorang eksekutif HR/Admin disebuah syarikat multinasional di Gebeng, Kuantan.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi) di UTHM Batu Pahat, Johor. Telah bekerja lebih 5 tahun dalam bidang HR dan pelbagai bidang lain.

P/S: Hari yang menyedihkan lagi apabila terjumpa application dimana graduan sanggup bekerja diluar bidang pelajaran dan sanggup dibayar gaji rendah. Jawatan yang ditawarkan hanya sesuai untuk orang bertaraf Diploma atau STPM. Tapi ramai degree yang apply. Reminds me of my old times. It IS VERY struggling. Dengar pula baru ni anak kepada kawan abah dibuang kerja (retrenchment). Bertaraf engineer. Tapi apakan daya. Ekonomi semakin merunsingkan. Aku pun tak tahu berapa lama aku boleh bekerja di syarikat aku bekerja sekarang. Masa depan belum tentu. Buat masa sekarang syarikat masih kukuh, akan tetapi masa akan datang kita tidak tahu. Harap-harap dapat rezeki yang lebih baik, insyaallah.. akan datang aku akan kupas pula isu di tempat kerja, insyaallah..

– Miss Nad

Sumber: iiumc.com