Prosidur Vaksinasi Astra Zeneca di WTCKL

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah membuka peluang bagi rakyat Selangor dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan vaksinasi Astra Zeneca pada bulan April lepas. Kini pembukaan untuk fasa kedua juga telah dibuka kepada rakyat Malaysia pada 26 Mei 2021.

Jika anda sudah membuat temu janji untuk divaksinasi menggunakan vaksin Oxford- Astra Zeneca (AZ) di mana-mana Pusat Perubatan Vaksinasi (PPV), disini kami akan menceritakan sedikit bagaimana prosedur dijalankan di PPV World Trade Centre Kuala Lumpur. Jika anda ingin membuat persedian diri untuk proses vaksinasi, sila klik artikel ini untuk maklumat lanjut.

Setelah anda mendapatkan temu janji untuk suntikan dos pertama di PPV yang dipilih, anda disyorkan tiba di pusat PPV sekurang kurangnya 20 minit sebelum waktu temu janji, elakkan datang terlalu awal (lebih dari sejam waktu temujanji) untuk tunggu giliran anda ini kerana untuk mengurangkan jumlah orang yang berkumpul.

Pastikan telefon pintar anda mempunyai bateri mencukupi untuk sejam seterusnya kerana proses vaksinasi ini memerlukan anda mengimbas kod QR di 2 stesen vaksinasi.

Apabila Tiba Di Pintu Hadapan

Pastikan anda sudah membuka aplikasi MySejahtera di telefon anda untuk mendaftar masuk dan pastikan anda memasuki pintu stesen yang terdiri dari stesen 1, 2 dan 3. Anda akan dipanggil masuk ke dalam banggunan WTC mengikut stesen yang ditentukan didalam temujanji MySejahtera anda sebelum anda mara ke dewan.

Counter A: Mengambil Nombor

Pastikan anda sudah membuka aplikasi MySejahtera di telefon anda untuk mendaftar masuk dan pastikan anda memasuki pintu stesen yang terdiri dari stesen 1, 2 dan 3. Anda akan dipanggil masuk ke dalam banggunan WTC mengikut stesen yang ditentukan didalam temujanji MySejahtera anda sebelum anda mara ke dewan.

Di sini anda perlu mengimbas QR code yang anda sudah memasuki dewan PPV, anda akan beratur mengikut barisan dan akan duduk di dalam dewan, di sini para sukarelawan akan memastikan jika anda layak untuk mengambil vaksinasi ini.

Anda akan memasuki sebuah ruangan untuk duduk mengikut turutan, ikut arahan sukarelawan untuk menunggu giliran anda memasuki dewan seterusnya. Di sini anda juga akan diberi taklimat pendek mengenai borang persetujuan nanti.

Setelah kumpulan sebelum anda di dalam dewan ini beredar ke stesen seterusnya, kumpulan anda akan dipanggil naik ke dewan untuk mengisi borang persetujuan. Anda akan mendapat 2 keping nombor giliran dan 2 borang persetujuan. 

Di sini juga anda harus menanda di borang persetujuan jika anda mempunyai ciri-ciri yang tertera di borang tersebut. Iisikan nama dan nombor kad pengenalan tetapi jangan tanda tangan nama anda dahulu. Nombor anda akan dipanggil seperti di tertera di skrin hadapan tempat menunggu

Counter B: Registration (Pendafataran)

Setelah nombor anda dipanggil, anda akan berjumpa dengan sukarelawan untuk memastikan butiran anda dan mengemas kini aplikasi MySejahtera tentang dos pertama vaksinasi anda. Selepas anda berjaya mengemaskini data anda, anda akan dirujuk kepada doktor.

Counter C: Consultation (Konsultasi)

Selepas pendaftaran, anda akan memasuki dewan Konsultasi di mana anda akan berjumpa dengan doktor untuk memberitahu tentang sejarah medikal anda. Di sini doktor akan nilaikan jika anda wajar mengambil vaksin atau tidak,kemudian doktor akan memberi keterangan dan juga kesan sampingan yang akan dirasai untuk 2 hari yang akan datang. Doktor juga akan menyarankan anda untuk berjumpa doktor di kaunter Observation (pemerhatian) jika anda berasa kebas atau pitam selepas dicucuk vaksin

Counter D: Vaksinasi

Setelah itu, anda akan menunggu giliran anda untuk divaksin. Para sukerelawan akan menunjukkan bilik seterusnya untuk anda divaksin.

Apabila anda berada di dalam bilik vaksinasi, jika anda seorang yang kidal pastikan anda memberi lengan kanan untuk disuntik, sekiranya tidak berikan lengan kiri untuk disuntik. Suntikan vaksin akan disuntik ke otot deltoid, suntikan vaksin tersebut akan dimasukkan sebanyak 0.5ml tanpa rasa sakit yang jelas. Doktor akan menasihati anda untuk cuba mengerakkan tangan anda yang dicucuk itu dengan lebih kerap mengikut kemampuan untuk 2 hari seterusnya untuk mengurangkan rasa bengkak.

Counter E: Observation (Pemerhatian)

Selepas anda disuntik, anda akan beransur ke ruangan pemerhatian selama 20 minit. Di situ juga anda akan berjumpa dengan sukarelawan untuk memastikan anda sudah mengimbas kod QR yang menandakan anda telah mendapatkan dos pertama vaksin AZ dan dikemas kini di aplikasi MySejahtera. Anda akan diberikan kad vaksinasi dan menyimpan salah satu borang yang diisikan untuk dos kedua anda nanti.

Terdapat doktor dan kawasan kecemasan di kaunter ini jika anda berasa kebas atau semput dalam masa antara 20 minit. Jika anda berasa biasa sahaja selepas 20 minit, anda boleh beransur pulang dengan selamat. Di sini juga anda boleh mengambil gambar anda di ‘photobooth’ bersama prop yang disediakan!

Kami di MyCompass berharap artikel ini akan menolong anda mengenali proses vaksinasi AZ di PPV yang anda pilih. Semoga imuniti kelompok kita berjaya dicapai untuk mengekang penularan wabak cov-19.