Perlu Ke “Self Reward”?

Rasa seperti diri  ini tidak dihargai. Kadang-kadang rasa diri ini tidak berguna kerana terlalu penat melakukan sesuatu namun rasa seperti tidak berharga dan berguna.

Ramai yang menginginkan sesuatu didalam kehidupan mereka. Impian atau apa saja yang memberikan kepuasan dalam hidup dengan hasil titik peluh sendiri. Namun kadang-kadang kita terlupa dan leka terhadap diri sendiri setelah selesai atau mendapat sesuatu yang kita inginkan sebelum ini setelah kita bekerja keras.

Macam-macam cara untuk kita beri penghargaan pada diri sendiri setelah penat bekerja dari tahun ke tahun dan sebagainya. Reward diri ini lebih kepada menghargai diri kita yang telah berjaya mengharungi pelbagai rintangan kehidupan. Mungkin berbeza bagi setiap orang cara untuk mereward diri sendiri.

Kenapa Perlu ‘Self Reward’ ?

Tahukan anda mengapa penting untuk memberikan reward pada diri sendiri?

1. Sebagai Tanda ‘Syukur’ Terhadap Rezeki Yang Telah Allah berikan.

Setiap orang memperolehi rezeki dan rintangan yang berbeza-beza. Elakkan daripada sifat suka banding membanding.

Kenapa perlu membandingi bukankah lebih baik jika kita bersyukur. Dengan bersyukur, insya Allah rezeki kita akan lebih murah dan semakin bertambah.

2. Sebagai ‘Hadiah’ Terhadap Usaha Anda Selama Ini.

Pergi bercuti, hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang anda idamkan, rehatkan diri anda daripada sebarang kerja selama sehari dan lakukan segala aktiviti yang anda sudah lama anda pendamkan seperti shopping atau bersiar-siar ke destinasi yang menarik.

Jika anda tidak menghadiahkan diri anda, siapa lagi akan berbuat demikian?

3. Kerana Anda ‘Mencintai’ Diri dan Kehidupan Anda

Kebanyakkan individu sibuk mengejar dan mencari cinta daripada orang lain namun dia lupa untuk mencintai dirinya sendiri. Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud anda ‘selfish’ atau lupa daratan ianya sebagai tanda anda menghargai diri anda.

4. Kerana Anda ‘Berhak Menikmati’ Penghasilan Anda Selama Ini.

Ya. Anda adalah orang yang sangat berhak menikmati penghargaan tersebut. Apa yang anda lalui dan usahakan adalah daripada titik peluh anda sendiri bukan daya dan tenaga orang lain. Jadi anda berhak untuk dihargai dan memilikinya.

5. Ianya Sebagai ‘Motivasi Diri’ Agar Anda Berusaha Dengan Lebih Baik Untuk Masa Hadapan.

Percaya atau tidak cubalah anda lakukan terlebih dahulu. Apabila anda melakukan self reward percayalah anda akan rasa lebih bermotivasi, bersemangat dan bertenaga untuk terus melakukan dan menjalani kehidupan seharian anda. Segala rintangan menghalang pasti anda mampu mengatasinya dengan jayanya.

6. Kerana Ianya Sebagai ‘Terapi Diri’ Dalam Menghilangkan Stress dan Tekanan Kerja Anda.

Self Reward adalah terapi diri untuk seseorang meleraikan tekanan setelah penat bekerja. Sebagaimana anda akan rasa tenang, relaks dan berlapang dada serta pemikiran menjalani kehidupan seharian anda kerana anda sangat beharga!

Anda pasti akan lebih bersemangat setelah memanjakan diri dan memulakan aktiviti kehidupan dengan pemikiran yang lebih segar. Sudah pastinya aura positif dilahirkan dan segalanya akan terasa lebih mudah apabila kita menghargai diri sendiri.

Cintailah diri kita dengan perkara yang membuatkan kita bahagia.